Noraini Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noraini Hashim atau Khairani binti Haji Mohammad Nor (1935 – 19 Julai 2005) adalah pelakon filem dan drama di Malaysia.

Noraini Hashim
Kelahiran
Khairani binti Haji Mohammad Nor

1935 (1935)
Meninggal dunia19 Julai 2005(2005-07-19) (umur 69–70)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebab kematianpenyakit kencing manis dan darah tinggi
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1961–2005
Terkenal keranaPuan Zainab dalam filem Maria Mariana
PasanganHashim Amir Hamzah
Anak-anak5

Beliau pernah berlakon sebagai guru besar dalam filem remaja-komedi Adik Manja bersama Dharma Harun Al Rashid, Noor Kumalasari, Adibah Amin dan Sharifah Shalina bt Syed Abdullah.[1]

Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 2005 (13 Jamadilakhir 1426H), dikediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor sekitar jam 9.30 pagi diusia 70 tahun kerana menderita penyakit kencing manis & darah tinggi. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1975 Anak Seluang Jauh Melaut Ibu Sharifah
1980 Adik Manja Pengetua Institut Sri Ilmu
1987 Mawar Merah Ibu Sufyan dan Nenek Kartika
Rahsia Makcik
1988 Ujang Ibu Kadir
1993 Balada Ibu Desa
Azizah The Legend Ibu Ramli
1994 Simfoni Duniaku Ibu Iskandar
Sembilu Zainab
1995 Sembilu 2
1996 Maria Mariana
1998 Maria Mariana II
2001 Putih Mak Labu Suara

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1964 Memburu Bulan Sabit Maya TV1
1976-1979 Atap Genting Atap Rumbia Mak Temah
1999 Spanar Jaya Ibu Iskandar ntv7 Pelakon undangan
2000 Maria Mariana The Series Zainab TV3
Gerak Khas (Musim 2) TV1 Episod: "Titik-Titik Hitam"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1990 Tuhan Sayang Padamu Mak Jah
1994 Hello Ibu Imran TV3
1996 Putih Gaun Pengantin
1998 Airmata Ibu Mak Diah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]