One Buck Short

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
One Buck Short
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop Punk
Punk
Tahun aktif2001–present
Syarikat rakaman
Clockwork Recordings
Laman sesawang
Official Website
Ahli
Rahul Kukreja - Pemain gitar
Mundzir Abdul Latif (Mooky) - Penyanyi
Imran Fadzil - Pemain dram
Izal Azlee - Bass
Bekas ahliHafiz, Zack, Wei Hsun

One Buck Short ialah sebuah kumpulan muzik indie di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Inggeris dan Melayu.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Diasaskan oleh Hafiz (dahulunya pemain gitar bass, menjalani kerahan tenaga di Singapura buat seketika) dan Rahul Kukreja (gitar) sewaktu sekolah menengah, kumpulan berempat yang merupakan pelajar APIIT dan Institut Help dan menggemari muzik punk pop So-Cal mula bermain muzik di acara sekolah dan pertandingan kugiran sebelum muncul di persada muzik tanahair. Hafiz sekarang di Malaysia, namun tugasnya sebagai pemain bass diambil alih oleh Izal.

Where is the Mouse?[sunting | sunting sumber]

Single pertamanya "That Day" dari EP mereka Where Is The Mouse?! mampu mencecah kedudukan lima teratas dalam carta Hitz.fm Malaysian Top 10 dan kumpulan ini ketika itu sedang mempromosikan keluaran mereka melalui persembahan di pertunjukan bawah tanah berprofil rendah serta acara terkemuka seperti pesta Rock the World dan Asian X Games. Sekitar tahun 2004, kugiran ini menulis lagu Christmas Morning untuk tujuan amal (melalui MusicCanteen Christmas Album). Kumpulan ini juga dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik pada Hitz.FM Malaysian English Top 10 Awards yang pertama.

Kumpulan ini juga pernah dicalonkan untuk kategori Rock Terbaik dan Persembahan Live Terbaik untuk Malaysian English Top 10 Awards kedua pada 10 Disember 2006.[1]

Halal & Loving It[sunting | sunting sumber]

Single pertama kumpulan ini dari album terkini akan datang Halal & Loving It, "Fast Times", sedang disiarkan di radio. Album ini diterbit oleh Clockwork Records dan dikeluarkan pada tahun 2007.


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]