Pandikar Amin Mulia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Datuk Seri Panglima

Pandikar Amin Haji Mulia

PSM; DUPN (PP); SPDK (Sbh); SUMW (WP); PGDK (Sbh); JMN
Timbalan Pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah
Memegang jawatan
9 Mei 2022
Berkhidmat dengan
Maximus Johnity Ongkili
Jeffrey Kitingan
Yong Teck Lee
PengerusiHajiji Noor
Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
Memegang jawatan
19 Februari 2021
TimbalanMatbee @ Matbeh Haji Ismail
Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-8
Dalam jawatan
29 April 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehTan Sri Ramli Ngah Talib
Digantikan olehTan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Tempasuk
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehMusbah Jamli
Digantikan olehMusbah Jamli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
1999–2002
Didahului olehChong Kah Kiat
Digantikan olehBernard Giluk Dompok
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Usukan
Dalam jawatan
1 Oktober 1982 – 1985
Didahului olehMohamed Said Bin Keruak
Digantikan olehMustapha bin Harun
Butiran peribadi
Lahir (1955-09-17) 17 September 1955 (umur 68)
Kota Belud, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Parti politikUSNO
AKAR
USBO
Barisan Nasional
UMNO (-2018)
USNO (Baru)
PasanganPuan Sri Hadijah Teng Abdullah
Puan Sri Diana Yusof Diego
PekerjaanMalaysia bekas Speaker Dewan Rakyat
ProfesionPeguam

Tan Sri Pandikar Amin Mulia (lahir 17 September 1955) merupakan ahli politik veteran Malaysia berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas pilihan raya umum ke-12 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib[1]. Pada 2013 sekali lagi beliau terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Beliau dianugerahkan lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytecnic dan Lincoln Inn, London.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas. Pada tahun yang sama beliau bertanding pula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Usukan, Sabah dan berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO.[2]

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dan meletak jawatan selepas menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat dan beliau juga pernah memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dari 1986 hingga 1988.[3]

Beliau juga merupakan bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1999-2002.

Beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR BERSATU), sebuah parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO). Pada tahun 2004, beliau menjadi (ADUN) Tempasuk, Sabah untuk sepenggal.

Yang Dipertua Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Datuk Ronald Kiandee (wakil Sabah berketurunan Kadazan-Dusun) dan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (wakil Sarawak berketurunan Melayu) yang juga dari Malaysia Timur turut terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.[4][5]

Pada 2013, Pandikar Amin Mulia terpilih sekali lagi sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 pada 25 Jun 2013.Beliau mengalahkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman - (89 undi). Abdul Kadir adalah calon dari pembangkang. Datuk Roosme Hamzah selaku Setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan perlantikan tersebut yang dipilih menerusi kaedah undi bersurat.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ismail Mohamed menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pindah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. [6]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Pandikar Amin Hj Mulia pernah menulis buku bertajuk '20 perkara dakwaan penyelewengan dan ulasan' pada 1992;Kota Kinabalu . Buku ini membincangkan tentang perjanjian dan persetujuan kemerdekaan Sabah bersama Malaysia .20 perkara adalah syarat kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Ini termasuklah pemansuhan Perkara 161C dan 161D. Beberapa pihak mempersoalkan bilangan pekerja dari Semenanjung yang bekerja di Sabah. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MPs urged to follow the rules". The Malaysian Insider (dalam bahasa B. Inggeris). 2008-04-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2008-04-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Biodata, Rombakan Kecil Kabinet". Berita Harian. 21 Mei 1999. Dicapai pada 12 Mei 2008. Check |archiveurl= value (bantuan)
  3. ^ "Baptism of fire for Speaker Pandikar Amin at first sitting". The Star (dalam bahasa B. Inggeris). 2008-05-01. Dicapai pada 2008-05-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Pandikar Amin Mulia Speaker Dewan Rakyat[pautan mati kekal]
  5. ^ Vasudevan, V. (28 April 2008). "A day of firsts in parliament". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2008. Dicapai pada 28 April 2008.
  6. ^ Pandikar Amin dipilih semula Yang Dipertua Dewan Rakyat penggal ke-13[pautan mati kekal]
  7. ^ 20 perkara dakwaan penyelewengan dan ulasan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]