Panji-panji penerbangan awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panji-panji penerbangan awam ialah suatu bendera (atau kelainannya) yang melambangkan penerbangan awam di sesebuah negara atau pertubuhan. Biasanya, bendera ini dikibarkan dari bangunan yang berhubung dengan pentadbiran penerbangan awam dan ia boleh juga dikibar oleh syarikat penerbangan negara yang sesuai.[1] Panji-panji penerbangan awam adalah sama dengan bendera rakyat yang melambangkan perkapalan dagang. Bukan semua negara mempunyai panji-panji penerbangan awam dan negara tanpa bendera ini biasanya mengibarkan bendera kebangsaan mereka sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Senarai bendera