Park Sojin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sojin
Latar belakang
Nama asal박소진
Nama lahirPark So-jin
Kelahiran (1986-05-21) 21 Mei 1986 (umur 37)
Korea Selatan Daegu, Korea Selatan
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2010–sekarang
Syarikat rakaman
  • Dream Tea Entertainment
Pengkarya berkait
Park Sojin
Hangul박소진
Hanja朴素珍 [1]
Perumian SemakanBak So-jin
McCune–ReischauerPak Sojin

Park So-jin (hangul: 박소진; hanja: 朴素珍; lahir 21 Mei 1986), lebih dikenali sebagai Sojin, ialah seorang penyanyi Korea Selatan. Beliau merupakan ketua kumpulan wanita Korea Selatan, Girl's Day dibawah Dream Tea Entertainment.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sojin dilahirkan pada 21 Mei 1986 di Daegu, Korea Selatan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Lee Hyun, Sekolah Menengah Seojin dan Sekolah Tinggi Perempuan Kyungduk. Beliau mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Yeungnam.[2]

Karier[sunting | sunting sumber]

Sebelum kemunculan pertama beliau, Sojin bekerja sebagai pelatih vokal untuk kumpulan lelaki Korea Selatan, Ulala Session.

Pada 7 Julai 2010, Sojin membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli kumpulan Girl's Day dalam program muzik KBS, Music Bank menerusi lagu single pertama mereka, Tilt My Head.[3]

Pada 9 Januari 2011, Sojin mengeluarkan lagu solo pertama beliau untu runut bunyi Flames of Desire bertajuk "Our Love Like This".[4]

Pada 19 April 2012, Girl's Day membuat kemunculan kembali menerusi album mini Everyday II. Album ini mengandungi lagu album "Telepathy" yang dicipta oleh Sojin. Pada tahun yang sama, Sojin dan seorang komposer lelaki menulis lagu "It's Snowing" untuk Tokyo Girl. Lagu ini kemudiannya dikeluarkan pada 7 Disember.[5]

Pada 14 Mac 2013, Girl's Day mengeluarkan album penuh, Expectation. Sojin menulis lagu pembukaan, "Girl's Day World" dan menulis lirik "I Don't Mind" bersama ahli kumpulan yang lain. Pada 15 Oktober, Girl's Day mengeluarkan lagu "Let's Go" yang ditulis dan dicipta oleh Sojin.

Pada 2 Mac 2014, Sojin berkolaborasi bersama artis hip hop, Crucial Star untuk buatan semula lagu Park Hye Kyung bertajuk "Three Things I Want to Give You".[6]

Pada 30 Januari 2015, Sojin meminjamkan suara beliau untuk lagu "Dizzy Dizzy" dalam runut bunyi drama 'The Family Is Coming' (Family Outing).

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2011 I Trusted Him Kameo MBC
2014 The Greatest Marriage Lee Yoo-ri TV Chosun Karakter sokongan
2015 The Family Is Coming Choi Dong-joo SBS Karakter sokongan

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2010 The Beatles Code Mnet Guest with Minah
2011 1000 Song Challenge SBS Tetamu bersama Minah
2012 1 vs 100 KBS Tetamu bersama Minah
2013 Lunar New Year’s Special: Showdown! Idol Gayo Stage KBS Tetamu bersama Minah
Star King SBS Tetamu bersama Hyeri
Hidden Singer 2 JTBC Tetamu
2014 Star King SBS Tetamu bersama Hyeri
Full House KBS2 Tetamu bersama Minah
Hello Counselor KBS2 Tetamu bersama Minah
Idol School MBC Pengacara
Quiz to Change the World MBC Tetamu bersama Yura
2015 Running Man SBS Tetamu dalam Episod 233 (pemenang bersama Gary & Haha)
King of Masked Singer MBC Tetamu
Escape Crisis No. 1 KBS2 Tetamu bersama Yura dan Minah
Hello Counselor KBS2 Tetamu bersama Yura
After School Club Arirang Tetamu bersama Yura, Minah dan Hyeri
I Live Alone MBC Tetamu dalam Episod 117
Weekly Idol MBC Every1 Tetamu bersama Yura dan Minah dalam Episod 210 [7]
Two Yoo Project Sugar Man JTBC Tetamu bersama Hani, John Park dan Mad Clown
2016 Einstein SBS Tetamu
Happy Together 3 KBS Tetamu
Same Bed, Different Dreams SBS Tetamu dalam Episod 45
Law of the Jungle SBS Tetamu
Let Me Home tvN Pengacara
Healing Camp SBS Tetamu dalam Episod 218
Problematic Men tvN Tetamu dalam Episod 63

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis Album Durasi
2011 "Our Love Like This" Sojin Flames of Desire OST 3:57
"Bum Bum Bum" Sojin feat. Song Ho-bum Kwak Tae-hoon Project Album 4th 3:21
2013 "In the Summer" Sojin feat. Zizo Deux 20th Anniversary Tribute Album 4:21
"I Want to Turn Back Time" Sojin Passionate Love OST 4:02
2014 "Three Things I Want to Give You" Crucial Star feat. Sojin Single 4:00
"Finale" Sojin & Dok2 Single 3:51
2015 "On Rainy Days" Kim Taebum (Party Street) and Sojin Single 3:37
"Ajjil Ajjil" Sojin Family Outing OST 3:27
"I Am Korea" Pelbagai Artis I Am Korea Theme Song 3:40
"It Hurts" Sojin & Zico Mask OST 3:47
"Everyday With You" Sojin Reply 1988 OST 3:16

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 2016-06-05.
  2. ^ "Idol of the Week: Girl's Day." Weekly Idol. MBC Every1. HLKV-TV, Seoul, South Korea, 19 Nov. 2011. Television.
  3. ^ Girls Day Debuts with 'Tilt My head' on Today Music Core
  4. ^ Sojin Released Flames of Desire Ost
  5. ^ Sojin participates in song writing
  6. ^ "Sojin to collaborate with hip hop artist Crucial Star for "Three Things I want to Give You".Allkpop Retrieved 2014-03-02
  7. ^ Kang, So-Jeong (Ogos 6, 2015). "주간아이돌' 소진, 배바지 입고 맛깔나는 통아저씨춤". StarNews. Dicapai pada 2015-08-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]