Parti Perhimpunan Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Perhimpunan Kebangsaan
PemimpinAbdul Aziz Ishak
Ditubuhkan1963
Dibubarkan1965
Ibu pejabatKuala Lumpur, Mukim Butik Bintang, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Selangor, Persekutuan Malaysia
Akhbar-
Sayap belia-
Keanggotaan (1969)33,950
Ideologi-
Penggabungan kebangsaanBarisan Sosialis Rakyat Malaysia (1957-1969)
Penggabungan antarabangsa-
Warna-
Laman sesawang
-

-


Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK) atau National Convention Party ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian (1955-1963), setelah beliau meletak jawatan kabinet dan kemudian disingkirkan dari UMNO dan PERIKATAN pada 1963 sejurus selepas kekecohan Konfrontasi Indonesia-Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PPK telah menyertai gabungan berhaluan kiri Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) atau dikenali hanya Barisan Sosialis (SF) yang terdiri darpada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM). Peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia telah medorong kerajaan mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik dan aktivis-aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin Barisan Sosialis telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Abdul Aziz Ishak (presiden PPK), Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam[2] dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif".

Presiden PPK, Abdul Aziz Ishak yang dituduh sebagai pembelot dan bersekongkong dengan agen Indonesia untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan ditahan antara 1965 dan 1966 di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

General election results[sunting | sunting sumber]

Election Total seats won Seats contested Total votes Voting Percentage Outcome of election Election leader
1964
1 / 159
59 23,877 0.15% ; Arthur Joseph Kurup

state election results[sunting | sunting sumber]

Election Total seats won Seats contested Total votes Voting Percentage Outcome of election Election leader
1978
1 / 144
59 23,877 0.15% ; Arthur Joseph Kurup

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The 'unknown' Aziz Ishak, The Star, August 6, 2007
  2. ^ Weiss, Meredith Leigh (2005). Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia. Palo Alto: Stanford University Press. m/s. 324. ISBN 0804752958. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)