Pasport Nansen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasport Nansen, secara rasmi pasport orang tanpa kerakyataan, merupakan dokumen perjalanan pelarian yang diiktiraf antarabangsa dan telah dikeluarkan oleh Liga Bangsa kepada pelarian tanpa kerakyatan. Ia dikenali sebagai "pasport Nansen" bersemperna nama Fridtjof Nansen.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasport Nansen pertama telah dikeluarkan sejurus satu perjanjian antarabangsa yang dicapai dalam Persidangan Antara Kerajaan mengenai Sijil Pengenalan bagi Pelarian Rusia, di Geneva dari 3 hingga 5 Julai 1922. Pada ketika itu, Fridtjof Nansen adalah Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian untuk Liga Bangsa.[1] Pada 1942, pasport ini telah diiktiraf oleh 52 buah negara. Kira-kira 450,000 pasport Nansen telah dikeluarkan [2] kepada orang tanpa kerakyataan dan pelarian yang memerlukan dokumen perjalannan tetapi tidak berjaya memperolehkannya dari pihak berkuasa negara mereka.

Pasport Nansen pada asalnya dikeluarkan untuk pelarian dari perang saudara Rusia. Dianggarkan kira-kira 800,000 orang pelarian Rusian menjadi tanpa negara setelah Lenin membatalkan kewarganegaraan kepada kesemua ekspatriat (orang yang bermastautin di luar Rusia) pada tahun 1921.[3]

Pada tahun 1933, pasport Nansen telah diperluaskan kepada pelarian dari Armenia, Assyria dan Turki.

Selepas kematian Nansen pada tahun 1930, pasport ini telah diuruskan oleh Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian yang berada di bawah Liga Bangsa. Pada ketika itu, pasport ini tidak lagi merujuk kepada persidangan 1922, tetapi dikeluarkan atas nama Liga Bangsa. Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel 1938 atas usaha membangunkan pasport Nansen.[4] Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian ditutup pada tahun 1938; dan pasport diuruskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian di London. [5]

Setelah pasport Nansen tidak lagi dikeluarkan, pihak berkuasa supranasional dan nasional yang ada, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah mengeluarkan dokumen perjalanan untuk orang tanpa kerakyatan dan pelarian, termasuk sijil pengenalan (atau "pasport asing") dan dokumen perjalanan pelarian.

Senarai pemegang pasport Nansen[sunting | sunting sumber]

Antara pemegang pasport Nansen yang terkemuka adalah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Documents from the League of Nations Archives" (PDF). Refugee Survey Quarterly. 22 (1): 71–73. 2003. doi:10.1093/rsq/22.1.71. Dicapai pada June 25, 2014.
  2. ^ Nansen-pass Store Norske Leksikon, retrieved December 11, 2012
  3. ^ Arkivverket.no Diarkibkan 2013-01-26 di Wayback Machine (in Norwegian), retrieved December 11, 2012
  4. ^ Fridtjof Nansen Diarkibkan 2013-05-26 di Wayback Machine, Nobelprize.org, 1922. Retrieved 22 February 2011.
  5. ^ The Nansen Office Diarkibkan 2015-07-23 di Wayback Machine Arkivverket. Retrieved 2 December 2014
  6. ^ Mumford, David (2015). "(Obituary) Alexander Grothendieck (1928-2014) Mathematician who rebuilt algebraic geometry" (dalam bahasa English). Dicapai pada 2015-10-14. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Nansenkontoret Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine Arkivverket.no (in Norwegian), retrieved December 11, 2012

Pautan luar[sunting | sunting sumber]