Penerbangan 610 Lion Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 610 Lion Air
PK-LQP, pesawat yang terhempas dalam insiden, gambar diambil pada September 2018
Kemalangan
Tarikh29 Oktober 2018
RingkasanTerhempas ke laut sejurus selepas berlepas
Tapak kejadianLaut Jawa di seberang Karawang, Indonesia
5°46′15″S 107°07′16″E / 5.77083°S 107.12111°E / -5.77083; 107.12111Koordinat: 5°46′15″S 107°07′16″E / 5.77083°S 107.12111°E / -5.77083; 107.12111
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 737 MAX 8
PengendaliLion Air
No. penerbangan IATAJT610
No. penerbangan ICAOLNI610
Huruf pengenalanLION INTER 610
Kod pendaftaranPK-LQP
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
Jakarta, Indonesia
DestinasiLapangan Terbang Depati Amir
Pangkal Pinang, Indonesia
Penumpang181
Anak kapal8
Kematian189 (semua)[1]
Terselamat0
Map
Laluan Penerbangan 610 Lion Air

Penerbangan 610 Lion Air (Kod IATA: '''JT610''', kod ICAO: '''LNI610''') ialah sebuah perjalanan penerbangan domestik yang dikendalikan syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta ke Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang. Pada 29 Oktober 2018, sebuah pesawat yang mengendalikan perjalanan ini telah terputus hubungan dan terhempas kira-kira 13 minit selepas berlepas.[2] Bangkai pesawat Boeing 737 MAX 8 telah ditemui di Laut Jawa, seberang pulau Jawa.[3] Pihak rasmi membuat kesimpulan bahawa kesemua 189 penumpang dan anak kapal terkorban.[4]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat yang terlibat ialah Boeing 737 MAX 8 dengan pendaftaran PK-LQP, nombor siri pengeluar 43000, yang menggunakan dua enjin CFM International LEAP.[5] Ia telah diserahkan kepada Lion Air pada 13 Ogos 2018 dan diterbangkan ke Indonesia dua bulan sebelum kemalangan itu.[6] Pada masa kemalangan itu, pesawat tersebut telah terbang kira-kira 800 jam dalam perkhidmatan.[7] Inilah kemalangan pertama yang melibatkan 737 MAX sejak kemasukan jenis pesawat ini ke dalam perkhidmatan pada 2017.[8] Ia juga merupakan nahas udara paling dahsyat yang melibatkan 737 (semua siri), melepasi penerbangan 812 Express Air India.

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Menurut pihak rasmi Indonesia, terdapat 189 penumpang di dalam pesawat: 181 penumpang (178 orang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi), serta enam anak kapal kabin dan dua juruterbang.

Anak kapal[sunting | sunting sumber]

Lion Air mengenal pasti juruterbang penerbangan itu sebagai Bhavye Suneja, seorang warga India yang telah menerbangkan penerbangan selama tujuh tahun dan mempunyai masa penerbangan kira 6,000 jam, bersama juruterbang Indonesia yang mempunyai masa penerbangan kira-kira 5,000 jam.[3]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

20 kakitangan Kementerian Kewangan,[9] 10 kakitangan Badan Pemeriksa Kewangan,[10] 2 juruaudit dari Badan Pemeriksa Kewangan dan Pembangunan,[11] 7 anggota Majlis Perwakilan Rakyat Daerah Bangka Belitung,[12] 3 peguam awam[13] 3 tiga hakim Mahkamah Tinggi Indonesia dan Mahkamah Nasional[14] ialah antara penumpang. Terdapat 2 orang asing yang disahkan antara mereka yang berada di atas kapal terbang: juruterbang dari India dan seorang warganegara Itali, bekas pelumba profesional Andrea Manfredi.[15]

Butiran penerbangan[sunting | sunting sumber]

Penerbangan itu berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober 2018, pada waktu pagi 6:20 waktu tempatan (28 Oktober 2018, 23:20 UTC) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang,[16] Indonesia pada pukul 7:20 pagi. Ia berlepas ke arah barat sebelum mengelilingi ke arah timur laut, yang diterbangkan sehingga terhempas di luar pantai sekitar 6:33 pagi, timur laut Jakarta di perairan, yang dianggarkan sehingga 35 meter (115 kaki) dalam. Pesawat mencapai ketinggian maksimum kira-kira 5,000 kaki (1,500 m) sebelum menurun dan menaik beberapa kali sehingga transmisi terakhirnya, menunjukkan pada ketinggian kira-kira 3,650 kaki (1,110 m) dengan kelajuan 345 knot (397 mph).[9] Menurut seorang pegawai di pejabat mencari dan menyelamat di Pangkal Pinang, anak kapal penerbangan telah meminta izin untuk kembali ke lapangan terbang Jakarta pada satu ketika semasa penerbangan.[17] Tapak kemalangan itu terletak sejauh 34 batu nautika (63 km) di luar pantai Kabupaten Karawang di pulau Jawa.[7][18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lion Air 737 Max 8 crash confirmed, 189 dead". 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
  2. ^ "Indonesia says Lion Air passenger flight from Jakarta to Sumatra has crashed". The Star (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  3. ^ a b Massola, James; Rompies, Karuni; Rosa, Amilia (29 October 2018). "Lion Air flight crashes in Indonesia". Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 October 2018.
  4. ^ Collie, Jason; Williams, Sophie (29 October 2018). "Lion Air plane crash latest: 'No survivors' after Indonesia passenger jet crashes with 189 on board". Evening Standard. Dicapai pada 29 October 2018.
  5. ^ "Lion Airlines PK-LQP (Boeing 737 Next Gen - MSN 43000) - Airfleets aviation". www.airfleets.net. Dicapai pada 29 October 2018.
  6. ^ "Lion Air Datangkan Pesawat Baru Boeing 737 MAX 8 ke-10". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesian). 15 August 2018. Dicapai pada 28 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ a b CNN, Euan McKirdy,. "Lion Air flight crashes en route from Jakarta to Pangkal Pinang". CNN. Dicapai pada 29 October 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)
  8. ^ "Indonesia: Lion Air flight from Jakarta to Sumatra crashes". Al Jazeera. 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
  9. ^ a b "Lion Air crash: officials say 188 onboard lost flight JT610 – latest updates". The Guardian. 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
  10. ^ Elvan Dany Sutrisno (29 October 2018). "10 Pegawai BPK Jadi Penumpang Lion Air JT 610, Ini Daftar Namanya". Detik.com (dalam bahasa Indonesia).
  11. ^ Iin Yumiyanti (29 October 2018). "2 Auditor Andalan BPKP Jadi Korban Pesawat Lion Air yang Jatuh". Detik.com (dalam bahasa Indonesia).
  12. ^ Okezone. "Ketinggalan Pesawat, 2 Anggota DPRD Ini Selamat dari Insiden Jatuhnya Lion Air : Okezone News". Dicapai pada 29 October 2018.
  13. ^ Dhani Irawan (29 October 2018). "3 Jaksa Jadi Korban Pesawat Lion Air JT 610, Ini Identitasnya". Detik.com (dalam bahasa Indonesia).
  14. ^ Saputra, Andi. "Tiga Hakim Ada di Pesawat Lion Air yang Jatuh, MA Berduka". detiknews. Dicapai pada 29 October 2018.
  15. ^ "Lion Air plane crash latest: 'No survivors' after Indonesia passenger jet crashes with 189 on board". EveningStandard. 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
  16. ^ Chan, Francis; Soeriaatmadja, Wahyudi (29 October 2018). "Lion Air plane carrying 188 on board crashes into sea shortly after take-off from Jakarta". The Straits Times. Dicapai pada 29 October 2018.
  17. ^ "Lion Air crash: Boeing 737 plane crashes in sea off Jakarta". BBC news Online. 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
  18. ^ "Indonesian plane crashes into the sea with more than 180 on board". The Washington Post. 29 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]