Penerbit filem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penerbit filem atau Pengeluar filem ialah seorang yang bertugas mereka adegan dan keadaan penggambaran filem, dengan memulakan, menyelaras, menyelia dan mengawal hal-hal pembiayaan, mengupah kakitangan utama dan berunding dengan pengedar. Penerbit ini terlibat sepanjang semua fasa proses perfileman dari pembangunan awal hingga projek disiapkan.

Lazimnya, penerbit dianggap sebagai ketua dan kakitangan, manakala pengarah memimpin garisan. Organisasi "garisan dan kakitangan" ini seolah-olah yang diamalkan dalam syarikat besar dan tentera. Mengikut susun atur organisasi ini, penerbit mengawal seluruh has projek dan boleh melucutkan pengarah, tetapi pengarah yang sebenarnya membina wayang itu.[1] Juga ada "Pengedar filem" yang membantu dalam hal-hal kewangan dan penerbitan seharian.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

  • Penerbit: Penerbit filem mereka yang aizad keadaan pembikinan filem, dengan memulakan, menyelaras, menyelia dan mengawal hal-hal pembiayaan, mengupah kakitangan utama dan berunding dengan pengedar. Penerbit ini terlibat sepanjang semua fasa proses perfileman dari pembangunan awal hingga projek disiapkan.
  • Penerbit eksekutif: Adakalanya boleh menjadi wakil atau CEO studio perfileman untuk projek besar, atau gelaran ini diberikan sebagai penghormatan kepada pelabur utama. Biasanya, penerbit eksekutif menyelia aspek-aspek kewangan, pentadbiran dan kreatif dalam penerbitan, biarpun tidak semestinya berkeupayaan teknikal. Dalam syarikat lebih kecil atau projek bebas, pencipta/penulis boleh menjadi penerbit eksekutif. Biasanya, "penerbit langsung" diberi gelaran ini jika cukup berpengalaman, atau lebih banyak memikul tugas berbanding penerbit langsung yang biasa, cth. bertugas dari peringkat pembangunan hingga pascapenerbitan, atau sekadar mempamerkan tahap kepakaran yang mengagumkan.
  • Penerbit bersama: Penerbit yang melapor kepada Penerbit atau Penerbit Eksekutif; adakalanya juga menyumbangkan dana untuk membiayai projek, itupun dikira penerbit atau penerbit eksekutif namanya. Dalam projek yang lebih besar, penerbit bersama lebih melibatkan diri dalam penerbitan seharian sebagai penerbit langsung.
  • Penerbit bersekutu: Biasanya bertugas sebagai wakil Penerbit, yang mungkin berkongsi tanggungjawab kewangan, kreatif atau pentadbiran yang diwakilkan dari penerbit itu. Biasanya, gelaran ini adalah untuk pakar filem berpengalaman yang bertindak sebagai penasihat, ataupun dikurniakan sebagai tanda penghargaan kepada sesiapa yang memberikan sumbangan kewangan, kreatif atau fizikal yang besar kepada penerbitan.
  • Penolong penerbit: Biasanya bertugas mengikut telunjuk Penerbit Bersekutu. Gelaran ini tidak kerap digunakan untuk filem cetera.
  • Pengarah penerbitan: Wakil syarikat perfileman yang ditugaskan ke set penggambaran dan diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak ahli-ahli pasukan penerbitan kanan. Gelaran ini tidak kerap digunakan untuk filem cetera.
  • Penerbit langsung: Menyelia perbelanjaan filem dan kegiatan seharian, melapor kepada studio atau pembiaya, serta bertindak sebagai pengantara studio/pembiaya dan pasukan penerbitan (termasuk Pengarah).
  • Penyelia penerbitan: Melakukan tugas pengurusan.
  • Pengurus penerbitan: Menguruskan studio.
  • Penyelia pascapenerbitan: Menyelia pasukan pascapenerbitan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan
Bacaan lanjut
  • The Producer's Business Handbook by John J. Lee, Jr., Focal Press (2000)
  • From Reel to Deal by Dov S-S Simens, Warner Books (2003)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Film crew