Pengeboman Ankara 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan Ankara 2016
Map
LokasiAnkara, Turki
Koordinat39°54′55″N 32°50′26″E / 39.9154°N 32.8406°E / 39.9154; 32.8406Koordinat: 39°54′55″N 32°50′26″E / 39.9154°N 32.8406°E / 39.9154; 32.8406
Tarikh17 Februari 2016
6:31 petang (UTC+2)
SasaranAnggota tentera
Jenis serangan
Pengeboman kereta, pengeboman diri
Kematian28[1]
Tercedera61[1]
PelakuSalih Necar (didakwa)
MotifTidak diketahui
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suatu serangan bom berlaku di ibu negara Turki, Ankara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang maut dan 420 lagi tercedera.[2] Serangan itu disasarkan kepada satu konvoi kenderaan tentera[3] yang berhenti di lampu isyarat berdekatan Dataran Kizilay. Kebanyakkan bangunan kementerian, ibu pejabat tentera dan Parlimen Turki terletak di kawasan berhampiran di mana serangan itu berlaku.[4][5][6]

Pengeboman[sunting | sunting sumber]

Menurut Gabenor Ankara, sebuah kereta yang sarat dengan bom telah digunakan untuk serangan itu[7][8] dan ia berlaku kira-kira 18:31. Sementara itu bas tentera yang membawa anggota tentera sedang menunggu di lampu isyarat.[9] Tapak serangan itu berada bersebelahan dengan blok kediaman untuk anggota tentera berpangkat tinggi.[1] Beberapa saluran berita Turki memaparkan imej-imej kebakaran pada kenderaan tentera selepas letupan ganas berlaku, yang boleh didengari beberapa kilometer jauhnya.[10][11]

Mangsa tragedi[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya 28 orang mangsa terbunuh dan 61 lagi cedera dalam letupan bom itu.[12][13]

Pelaku[sunting | sunting sumber]

Sumber keselamatan kanan menyatakan tanda-tanda awal bahawa militan Kurdish daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bertanggungjawab.[14] Ia juga dispekulasikan oleh sumber keselamatan berasingan di tenggara Turki bahawa militan Negara Islam (IS) mungkin bertanggungjawab itu insiden itu.[12] Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu setakat ini.[3]

Media Turki mendakwa bahawa pengebom itu adalah seorang pejuang YPG/PYD bernama Salih Necar.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Ankara bomb leaves at least 28 people dead in Turkish capital". Mail Online (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  2. ^ "Ankara'da askeri servis aracına bombalı saldırı". CNN Türk (dalam bahasa Turki). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  3. ^ a b Letsch, Constanze (17 Februari 2016). "Up to 28 killed by Ankara car bomb targeting military personnel". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  4. ^ "Turkey's capital Ankara rocked by deadly explosion" (dalam bahasa Inggeris). Aljazeera.
  5. ^ "Ankara blast: Five dead after explosion in Turkish capital". BBC News.
  6. ^ Jason Hanna and Hamdi Alkhshali (17 Februari 2016). "Explosion strikes Turkey's capital". CNN.
  7. ^ "At Least 20 Killed in Ankara Car Bombing Targeting Military Personnel". Haaretz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Februari 2016.
  8. ^ "Car bomb targeting military buses kills 28 in Turkish capital Ankara". euronews. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  9. ^ "TSK: Saldırı trafik ışıklarında meydana geldi". NTV. 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  10. ^ "Blast hits Ankara". Anadolu Agency.
  11. ^ "At least five killed in huge explosion in car bomb attack in Ankara". TodaysZaman (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016.[pautan mati kekal]
  12. ^ a b "Car bomb attack on military in Turkish capital kills 28". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
  13. ^ "28 maut serangan bom di tengah Ankara". Berita Harian. 18 Februari 2016. Dicapai pada 18 Februari 2016.
  14. ^ "Initial signs point to PKK terrorists behind Ankara bombing: Reuters". DailySabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Februari 2016.
  15. ^ "Ankara'daki saldırıyı düzenleyen teröristin kimliği belirlendi" (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 17 Februari 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]