Pentas Sahul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pentas Sahul dan Pentas Sunda kini. Kawasan di antara dipanggil Wallacea.

Pentas Sahul adalah sebahagian daripada pentas benua Sahul (pentas benua Australia-New Guinea), dan ia terletak berhampiran dengan pantai Australia. Pentas Sahul sebenarnya bermula dari barat laut Australia melalui bawah Laut Timor sehingga ke arah pulau Timor, berakhir di mana dasar laut menurun ke dalam palung Timor. Sebahagian lain dari Pentas Sahul dikenali juga sebagai Pentas Arafura, iaitu yang membentang dari pantai utara Australia di bawah Laut Arafura sehingga ke pulau New Guinea. Kepulauan Aru wujud di atas Pentas Arafura ini.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.