Perang Saudara Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang Saudara Ireland (Ireland: Cogadh Cathartha na hÉireann; 28 Jun 1922 – 24 Mei 1923)[1] dicetuskan berikutan Perang Kemerdekaan Ireland serta penubuhan Negara Bebas Ireland, iaitu suatu entiti bebas daripada pemerintahan United Kingdom namun termasuk dalam Empayar British. Ia melibatkan antara puak nasionalis yang menyokong Perjanjian Inggeris-Ireland dan puak republikan yang menganggap perjanjian tersebut melanggar pembentukan Republik selepas berlangsungnya Pemberontakan Easter).

Konflik ini mengorbankan lebih banyak orang bebranding Perang Kemerdekaan itu sendiri serta turut memecahbelahkan masyarakat Ireland dari generasi ke generasi. Dua parti politik utama Republik Ireland, iaitu Fianna Fáil dan Fine Gael, wujud hasil pihak yang slaing berlawanan dalam perang ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Troubles". Claregalway Historical Society Sharing our historical & cultural heritage.
  2. ^ "The Politics of the Irish Civil War". google.ie.