Persekutuan Mikronesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persekutuan Mikronesia
ڤرسكوتوان ميکرونيسيا
Federated States of Micronesia
Bendera the Federated States of Micronesia
Seal the Federated States of Micronesia
Bendera Seal
Cogan kataPeace, Unity, Liberty
Lagu kebangsaan"Patriots of Micronesia"
Lokasi the Federated States of Micronesia
Ibu negaraPalikir
6°55′N 158°11′E / 6.917°N 158.183°E / 6.917; 158.183
BandarWeno[1]
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa diiktiraf
Kumpulan etnik
(2000)
Agama
(2016)[2]
DemonimMicronesian
KerajaanRepublik persekutuan
• Presiden
David Panuelo
Yosiwo George
Badan perundanganKongres
Kemerdekaan 
3 November 1986
Keluasan
• Jumlah
702 km2 (271 bt2) (ke-177)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2019
104,468 [3] (ke-19)
158.1/km2 (409.5/sq mi) (ke-75)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$367 juta
$3,584[4]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$383 juta
$3,735[4]
Gini (2013)40.1[5]
sederhana
HDI (2018) 0.614[6]
sederhana · ke-135
Mata wangDolar Amerika
(USD)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
tiada
Format tarikhMM/DD/YYYY
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+691
Kod ISO 3166FM
DPT internet.fm

Persekutuan Micronesia (bahasa Inggeris: Federated States of Micronesia) merupakan sebuah negara gabungan beberapa pulau di rantau Micronesia, Lautan Pasifik. Ia mendapat kemerdekaan daripada Amerika Syarikat pada 1986.

Meskipun luas daratan Persekutuan Mikronesia adalah kecil, namun keluasan sebenar negara ini melitupi lebih daripada 2,600,000 km2 (1,000,000 bt2) kawasan Lautan Pasifik. Ibu kotanya adalah Palikir yang terletak di Pulau Pohnpei sementara kota terbesarnya ialah Weno yang terletak di Atol Chuuk.

Persekutuan Mikronesia dulu merupakan sebagian dari Wilayah Perwalian Kepulauan Pasifik (TTPI), wilayah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Amerika Serikat, kemudian membentuk pemerintahan pemerintahan sendiri pada 10 Mei 1979 yang kemudian menjadi negara berdaulat tanggal 3 November 1986. Tiga negara bekas anggota TTPI lainnya, membentuk pemerintahan sendiri dan menjadi Kepulauan Marshall dan Palau. Federasi Mikronesia mempunyai kerusi di PBB.

Persekutuan Mikronesia adalah sebagian dari Perjanjian Persatuan Bebas dengan Amerika. Negara ini mendapat bantuan berupa bantuan ekonomi, kesihatan, dan bencana alam. Penduduk Mikronesia juga dibolehkan bekerja dan tinggal di Amerika Syarikat. Sebaliknya, Amerika dibolehkan secara bebas menggunakan Mikronesia sebagai markas ketentaraan, dan penduduk Mikronesia juga dibolehkan mendaftar sebagai tentera Amerika Syarikat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat terawal Mikronesia dibuktikan telah menetap di sini sejak 4,000 tahun lalu dengan hubungan dengan puak Chamorro di kepulauan Mariana serta kadangkala menjelajah ke timur kepulauan Filipina.[7][8]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Negara Persekutuan Mikronesia terdiri dari 607 buah pulau yang terbentang sejauh 2,900 km melintasi kepulauan Caroline di timur Filipina. Jumlah luas pulau-pulau tersebut membentuk daratan seluas 702 km2 (271 sq mi). Titik tertinggi negara ialah Gunung Nanlaud dengan ketinggian bernilai 782 meter.[9] Pulau-pulau ini dikumpulkan menjadi empat buah negeri iaitu Yap, Chuuk (disebut Truk hingga Januari 1990), Pohnpei (dikenal sebagai Ponape sampai November 1984), dan Kosrae (sebelumnya Kusaie). Keempat-empat negeri masing-masing diwakili oleh sebutir bintang putih pada bendera negara. Ibu kota negara ialah Palikir yang terletak di pulau Pohnpei.

Iklim negara ialah iklim tropika dengan cuaca panas dan lembap yang sekata sepanjang tahun.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Di Persekutuan Mikronesia, terdapat empat buah negeri.[10][11]

Negeri-negeri Persekutuan Mikronesia
Bendera Negeri Ibu negeri Gabenor Tanah Jumlah
penduduk
Kepadatan
penduduk
km² bt² per km² per bt²
Chuuk Chuuk Weno Johnson Elimo 127 49.2 54,595 420 1088
Kosrae Kosrae Tofol Carson K. Sigrah 110 42.6 9,686 66 170
Pohnpei Pohnpei Kolonia Marcelo Peterson 345 133.2 34,685 98 255
Yap Yap Colonia Henry Falan 118 45.6 16,436 94 243

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Nilai ekonomi negara berdasarkan keluaran dalam negara kasar ialah sebanyak AS$372 juta (nominal, 2018) dan AS353 juta (pariti kuasa beli, 2018).[12] Ekonomi Persekutuan Mikronesia lazimnya berlandaskan pertanian sara diri serta perikanan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk peribumi negara yang merupakan golongan Mikronesia secara majoriti terdiri daripada pelbagai kumpulan etnolinguistik. Selain itu, terdapat juga minoriti besar yang berketurunan Jepun disebabkan oleh perkahwinan antara golongan Mikronesia dan penetap Jepun ketika zaman penjajahan Jepun.[13] Selain itu, terdapat juga golongan ekspatriat daripada Amerika, Australia, Eropah dan China yang mula ketara sejak 90-an.

Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi negara serta bahasa lazim dalam kerajaan serta pendidikan peringkat menengah dan tinggi. Persekutuan Negara juga menempatkan pelbagai bahasa Mikronesia seperti bahasa Chuuk, bahasa Kosrae, bahasa Yap dan bahasa Pohnpei, serta bahasa Polynesia seperti bahasa Kapingamarangi.[14]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Summary Analysis of Key Indicators: from the FSM 2010 Census of Population and Housing (PDF). Palikir: Division of Statistics, Office of SBOC. m/s. 8. Dicapai pada 16 Mac 2018 – melalui Prism (SPC).
  2. ^ http://www.globalreligiousfutures.org/countries/federated-states-of-micronesia/religious_demography#/?affiliations_religion_id=0&affiliations_year=2010
  3. ^ https://www.fsmstatistics.fm/book1/
  4. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org.
  5. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 26 Julai 2013.
  6. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  7. ^ "Background Note: Micronesia". United States Department of State. Dicapai pada 2012-01-06.
  8. ^ Peterson, John A. (2012). "Latte villages in Guam and the Marianas: Monumentality or monumenterity?" (PDF). Micronesica. 42 (1/2): 183–208.
  9. ^ "Ponape South". US Geological Survey. 1983. Dicapai pada 22 Januari 2017.
  10. ^ "FSM government website - Population" (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ "FSM government website - Geography" (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 20 October 2019.
  13. ^ President Emanuel Mori Meets With Japan Prime Minister Yasuo Fukuda Diarkibkan September 24, 2015, di Wayback Machine; AESonline.org Diarkibkan Jun 16, 2007, di archive.today Government of the Federated States of Micronesia, 12 Disember 2007
  14. ^ "Micronesia". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-01.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Brower, Kenneth (1981). Micronesia: The Land, the People, and the Sea. Baton Rouge: Louisiana State University Press. ISBN 0807109924. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Darrach, Brad (1995). "Treasured Islands". Life (August 1995): 46–53. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  • Falgout, Suzanne (1995). "Americans in Paradise: Anthropologists, Custom, and Democracy in Postwar Micronesia". Ethnology. Ethnology, Vol. 34, No. 2. 34 (Spring 1995): 99–111. doi:10.2307/3774100. JSTOR 3774100. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Friedman, Hal M. (1993). "The Beast in Paradise: The United States Navy in Micronesia, 1943–1947". Pacific Historical Review. 62 (May 1993): 173–195. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Friedman, Hal M. (1994). "Arguing over Empire". Journal of Pacific History. 29 (1994): 36–48. doi:10.1080/00223349408572757. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Hanlon, David (1998). Remaking Micronesia: Discourses over Development in a Pacific Territory, 1944–1982. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 0824818946. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Hezel, Francis X. (1995). "The Church in Micronesia". America. 18 (February 1995): 23–24. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Kluge, P. F. (1991). The Edge of Paradise: America in Micronesia. New York: Random House. ISBN 0394581784. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Malcomson, S. L. (1989). "Stranger than Paradise". Mother Jones. 14 (January 1989): 19–25. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • "Micronesia: A New Nation". U.S. News & World Report (October 15, 1984): 80–81. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Parfit, Michael (2003). "Islands of the Pacific". National Geographic. 203 (March 2003): 106–125. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Patterson, Carolyn Bennett (1986). "In the Far Pacific: At the Birth of Nations". National Geographic. 170 (October 1986): 460–500. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Peoples, James G. (1993). "Political Evolution in Micronesia". Ethnology. Ethnology, Vol. 32, No. 1. 32 (Winter 1993): 1–17. doi:10.2307/3773542. JSTOR 3773542. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Rainbird, Paul (2003). "Taking the Tapu: Defining Micronesia by Absence". Journal of Pacific History. 38 (September 2003): 237–250. doi:10.1080/0022334032000120558. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Schwalbenberg, Henry M. (1994). "Micronesian Trade and Foreign Assistance". Journal of Pacific History. 29 (1): 95–104. doi:10.1080/00223349408572762. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan
Maklumat am
Media berita
Peta
Kembara