Pesawat ulang-alik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bolak balik angkasa
Bolak balik angkasa Discovery dilancarkan dalam misi STS-120.
Bolak balik angkasa Discovery dilancarkan dalam misi STS-120.
Fungsi Manned partially re-usable launch and reentry system
Pengeluar United Space Alliance:
Thiokol/Alliant Techsystems (SRBs)
Lockheed Martin (Martin Marietta) - (ET)
Rockwell/Boeing (pengorbit)
Negara asal  Amerika Syarikat
Saiz
Tinggi 184 kaki (56.1 m)
Ukur lilit 28.5 kaki (8.69 m)
Berat 4,470,000 lb (2,030 tan)
Tahap 2
Keupayaan
Muatan ke LEO 24,400 kg (53,600 lb)
Muatan ke
GTO
3,810 kg (8,390 lb)
Sejarah pelancaran
Status Aktif
Tapak pelancaran LC-39, Pusat Angkasa Kennedy
SLC-6, PTU Vandenberg (tidak digunakan)
Jumlah pelancaran 125
Kejayaan 124
Kegagalan 1 (launch explosion, Challenger)
Lain 1 (gagal semasa masuk semula, Columbia)
Penerbangan sulung 12 April, 1981
Muatan terkenal Komponen-komponen Stesen Angkasa Antarabangsa
Teleskop Angkasa Hubble
Galileo
Magellan
Bali cerap Sinar-X Chandra
Balai cerap Sinar Gamma Compton
Penggalak (Tahap 0) - Penggalak Roket Pepejal
No penggalak 2
Enjin 1 pepejal
Tujahan 2,800,000 lbf setiap satu, pelancaran aras laut (12.5 MN)
Impuls spesifik 269 s
Masa bakar 124 saat
Bahan api pepejal
Tahap pertama - tangki luar
Enjin (tiada)
(3 SSME ditempatkan pada pengorbit)
Tujahan 1,225,704 lbf keseluruhan, pelancaran pada aras laut (5.45220 MN)
Impuls spesifik 455 s
Masa bakar 480 saat
Bahan api LOX/LH2
Tahap ke-2 - Pengorbit
Enjin 2 OME
Tujahan 53.4 kN jumlah tujahan vakum gabungan (12,000 lbf)
Impuls spesifik 316 saat
Masa bakar 1250 saat
Bahan api MMH/N2O4

Bolak balik angkasa lepas [1] atau pesawat ulang alik[2] (bahasa Inggeris:Space Shuttle atau nama rasminya Space Transportation System atau STS) merupakan sejenis kenderaan angkasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk digunakan bagi misi penerbangan ulang-alik ke angkasa. Bolak balik angkasa, tidak seperti kenderaan angkasa yang lain dapat digunakan berulang-ulang kali. Bolak balik angkasa yang boleh beroperasi kini hanya dimiliki oleh NASA, setelah Rusia memutuskan untuk menamatkan program bolak balik angkasa Buran. Amerika Syarikat menghasilkan sebanyak 5 buah bolak balik angkasa, akan tetapi kini hanya terdapat tiga buah yang masih tinggal.

Bolak balik angkasa biasanya digunakan untuk membawa pelbagai muatan kebiasaannya adalah satelit, membawa anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan untuk misi-misi penyelenggaraan seperti membaiki Teleskop Angkasa Hubble.

NASA telah mengumumkan untuk menamatkan armada bolak balik angkasanya bermula pada tahun 2010 dan akan menggantikannya dengan roket jenis Orion bukan sahaja direka untuk mengangkut manusia ke bulan, malah berupaya untuk mengangkut manusia ke orbit angkasa yang lebih jauh.

Bahagian dan komponen[sunting | sunting sumber]

Mirip dengan pesawat terbang, pesawat ulang alik ini dilengkapi dengan sayap, sistem kemudi, sistem pendorong, dan badan pesawat tempat antariksawan bekerja. Bedanya pesawat ulang-alik ini lebih komplet baik badan maupun mesin yang menggerakannya.

Pesawat ini secara umumnya dari tiga sistem dasar iaitu dua buah roket padat sebagai tenaga pendorong awal dari pusat pelancaran, tangki luar untuk membekalkan mesin utama, dan pengorbit di mana tiga dek ditempatkan sebagai tempat penginapan dan pekerjaaan angkasawan selama tempoh perjalanan.

Pesawat ini dikendalikan dari dek penerbangan di bahagian atas. Di bahagian bawah merupakan kawasan tempat tinggal antariksawan yang dilengkapi dengan dapur, tempat tidur dan sebagainya. Sistem pengendali lingkungan ditempatkan pada dek ketiga.

  • Tangki luar yang berisi 526,126 galon bahan bakar berfungsi untuk membekalkan bahan bakar ke mesin utama. Saat dua roket padat (Solid Rocket Boosters) dipisahkan dari pesawat pada ketinggian 45 km, mesin utama dihidupkan dengan bahan bakar dari tangki luar (external tank). Tangki luar ini akan dilepaskan daripada pesawat pada ketinggian 113 km dan jatuh ke lautan.
  • Roket padat seberat 1.3 juta paun ini berupaya menghasilkan daya tujahan sebesar 2,650,000 paun berfungsi sebagai pendorong pesawat saat dilancarkan sampai ketinggian 45 km daripada permukaan bumi. Roket ini kemudian di lepaskan dari pesawat ruang angkasa dan jatuh ke laut.
  • Orbiter merupakan bahagian inti dari pesawat ulang-alik. Orbiter mirip pesawat terbang, di dalamnya terdapat dek tempat antariksawan tinggal dan peralatan navigasi. Mesin utama pun ditempatkan di belakang orbiter atau pengorbit. Pengorbit inilah yang kembali ke Bumi jika misi telah selesai.

Penamatan khidmat[sunting | sunting sumber]

Bolak-balik angkasa asalnya bertujuan digunakan sebagai suatu "trak angkasa" oleh pihak Amerika Syarikat bagi membina suatu stesen angkasa di orbit Bumi rendah pada sekitar tahun 1990-an. Projek ini lama kelamaannya beransur ubah menjadi Stesen Angkasa Antarabangsa yang ditunda pembinaannya berkali-kali sehingga pesawat beroperasi 15 tahun lebih lama daripada yang dijangkakan.

Misi ke-135 dan terakhir yang melibatkan pesawat ini terdiri daripada empat orang angkasawan—Christopher Ferguson (komander), Douglas Hurley (juruterbang), Sandra Magnus (Mission Specialist 1), and Rex Walheim (Mission Specialist 2)[3] dalam pesawat Atlantis yang berlepas pada 8 Julai 2011 dan mendarat dengan selamatnya di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 pukul 5:57 pagi waktu tempatan (09:57 UTC).[4]

Pihak Amerika Syarikat kini bergantung kepada roket Soyuz Rusia untuk tujuan pengangkutan bekalan dan bahan binaan ke ISS.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ bolak balik angkasa lepas
  2. ^ pesawat ulang alik
  3. ^ "Rare Four-Member Crew to Fly Final Shuttle". FoxNews. July 3, 2011. Dicapai pada July 4, 2011.
  4. ^ "Launch and Landing". NASA. Dicapai pada July 23, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]