Peter Chin Fah Kui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri

Peter Chin Fah Kui

PSM; SSAP (Pah); PGBK, PBS, ABS (Swk)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dalam jawatan
2008 – 2013
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Shaziman Abu Mansor
Digantikan oleh Maximus Johnity Ongkili
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
2004–2008
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Lim Keng Yaik
Digantikan oleh Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
1995–2004
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Ong Ka Ting
Didahului oleh Jeffrey Kitingan
Digantikan oleh Azizah Mohd Dun
Robert Lau Hoi Chew
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
1990–1995
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Law Hieng Ding
Didahului oleh Law Hieng Ding
Digantikan oleh Abu Bakar Daud
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P219 Miri, Sarawak
Dalam jawatan
1986 – 2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Michael Teo Yu Keng
Butiran peribadi
Lahir (1945-08-31) 31 Ogos 1945 (umur 78)
Kuching, Sarawak
Parti politik Barisan Nasional - Sarawak United People's Party (SUPP)
PasanganPuan Sri Ruby Wee Hui Kiang (黄惠娟)
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui, PSM, SSAP, PGBK (lahir 31 Ogos 1945) merupakan ahli politik Malaysia yang lahir di Kuching, Sarawak. Beliau berumahtangga dengan Puan Sri Datin Sri Ruby Wee dan mempunyai dua orang anak lelaki serta seorang anak perempuan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 31 Ogos 1945, beliau mendapat pendidikan awal di St. Joseph Primary School dan St Joseph Secondary School. Beliau juga merupakan graduan Gray's Inns, London bidang undang-undang (Barrister-At-Law) pada tahun 1971.

Setelah tamat pengajian di luar negara, Y.B. Tan Sri memulakan kerjayanya sebagai Peguam dan Rakan Kongsi di M/s Wan Ullok Jugah, Chin & Co hingga tahun 1984. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Miri mulai tahun 1984 hingga 1987. Kegiatan politik beliau adalah berlandaskan platform Sarawak United People's Party (SUPP) Bahagian Miri. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Pengurusi SUPP Cawangan Miri, Naib Pengurusi SUPP cawangan Miri, Ahli Jawatankuasa SUPP Pusat dan Penolong Setiausaha Agung SUPP Pusat.

Y.B. Tan Sri melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial melalui Program Lanskap di Sarawak dan Sabah, menyelaras Program Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sarawak dan Sabah, Program Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak dan Sabah dan menjadi Presiden kepada Persatuan Pelumba Jalan Kaki Malaysia.

Beliau kini juga merupakan Presiden Eastern Regional International Organisation for Planning and Housing (EAROPH) sejak tahun 2002, Presiden Hakka Miri sejak tahun 1991, Presiden Persatuan Olahraga Miri sejak 1984. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kelab Lions Miri dan Timbalan Gabenor Lions Daerah 308.

Y.B. Tan Sri telah dilantik menjadi wakil rakyat mulai tahun 1986 setelah memenangi kerusi Parlimen Miri. Beliau juga berjaya mempertahankan kemenangannya itu dalam empat pilihan raya umum berikutnya (1990,1995,1999,2004). Pada tahun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding. Semenjak dilantik menjadi Ahli Parlimen, YB. Datuk pernah memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan (1986-1990), Timbalan Menteri Sains, Teknologi Alam Sekitar (1990-1995), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1995-2004), Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2004-2008) dan akhirnya sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2008-2013).

Sebagai seorang wakil rakyat, Y.B. Tan Sri berazam untuk memikul matlamat kerajaan ke arah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Y.B. Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya Puan Sri Ruby Wee Hui Kiang dan telah dikurniakan tiga orang anak. Beliau amat meminati sukan golf dan merupakan seorang yang suka membaca.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
2008 – Kini
Penyandang Kemudian
???? penyandang