Pingat Kehormatan Perang Dunia I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pingat Kehormatan Perang Dunia I (Bahasa Jerman: Das Ehrenkreuz des Weltkrieges atau Bahasa Inggeris: The Honour Cross of the World War I), juga dikenali sebagai Pingat Hindenburg. Bagi mengenang jasa bakti rakyat Jerman ketika Perang Dunia I, pada 13 Julai 1934, Presiden Jerman Paul von Hindenburg, telah menzahirkan pingat ini dan secara rasmi merupakan pingat perkhidmatan pertama bagi tentera Imperial Jerman yang terlibat dalam Perang Dunia I. Ia juga adalah pingat kebesaran pertama yang dizahirkan oleh Reich Ketiga.

Pingat Kehormatan ini telah dikurniakan dalam tiga bentuk:

  • - Bar reben Pingat Kehormatan bagi Pejuang berserta Pedang (Ehrenkreuz für Frontkämpfer - mit Schwertern)
  • - Bar Reben Pingat Kehormatan bagi Bukan Pejuang tanpa pedang (Ehrenkreuz für Kriegsteilnehmer - ohne Schwerter)
  • - Bar Reben Pingat Kehormatan bagi Waris Keluarga Terdekat tanpa pedang (Ehrenkreuz für die hinterbliebene Witwen und Eltern gefallener Kriegsteilnehmer - ohne Schwerter)


Pingat berbentuk salib ini telah mencontohi rekabentuk Medal Peringatan Perang 1870-1871 (Preussen Kriegsdenkmünze 1870-1871). Pingat Kehormatan yang dikurniakan kepada para pejuang memaparkan kalungan bunga laurel mengelilingi tengah pingat berserta tahun 1914 1918. Pedang bersilang terletak diantara salib manakala Pingat Kehormatan bagi bukan pejuang tidak mempunyai pedang dan hanya ada kalungan bunga oak. Kedua-dua pingat adalah dari gangsa. Pingat Kehormatan bagi pewaris (dikenali sebagai Pingat Balu) pula berwarna hitam. Pingat Kehormatan digantung pada reben dengan jalur tepi hitam, dua jalur putih dan satu jalur tengah merah. Reben bagi Pingat Kehormatan pewaris pula terbalik, dengan jalur tepi putih, dua jalur hitam dan satu jalur tengah merah. Kesemua pingat ini selalunya dipakai dengan riben yang dibentuk menjadi simpulan tiga segi, berserta pin dibelakang, supaya dapat dilekatkan pada baju ibu atau balu. Penggunaan anugerah ini ada batasan masa, yang tamat tempoh pada penghujung tahun 1942. Setiap anugerah didatangkan dengan sijil yang menunjukkan pingat jenis mana yang dapat. Sijil bagi pewaris didatangkan dengan dua jenis, bagi balu ia bertulis Ehrenkreuz für Witwen dan bagi ibubapa pula bertulis Ehrenkreuz für Eltern. Ia diberi tarikh dan ditandatangani oleh ketua polis tempatan atau datuk bandar. Jumlah pingat yang telah dikurniakan ialah:

  • bagi pejuang 6,202,883
  • bagi bukan pejuang 1,120,449
  • bagi balu 345,132
  • bagi ibubapa 372,950
  • jumlah 8,041,414

Melalui dekri 30 November 1938, Menteri Dalam Negeri Reich memperkenalkan anugerah ini kepada Ostmark (nama Austria selepas ia digabungkan kedalam Reich Ketiga) dan Sudetenland (Czechoslovakia).