Piotr Borodin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piotr Borodin
Setiausaha Pertama Parti Komunis Moldavia
Dalam jawatan
14 Ogos 1940 – 11 Februari 1942
Perdana MenteriTihon Konstantinov
Didahului olehParti ditubuhkan
Digantikan olehNikita Salogor
Setiausaha Pertama Parti Komunis di RSSA Moldavia
Dalam jawatan
Jun 1939 – 14 Ogos 1940
Perdana MenteriFedor Brovko
Didahului olehAleksei Melnikov
Digantikan olehMoldavian ASSR berubah menjadi Moldavian SSR
Butiran peribadi
Lahir(1905-06-06)6 Jun 1905
Yekaterinoslav, Empayar Rusia
Meninggal dunia1986
Uzhhorod, Oblast Zakarpattia, RSS Ukraine
Parti politikParti Komunis Moldavia, Parti Komunis Ukraine

Piotr Grigoryevich Borodin (Bahasa Rusia: Пётр Григорьевич Бородин; 23 Mei / 6 Jun 1905 - 1986)[1] ialah seorang ahli politik Soviet yang berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama Jawatankuasa Wilayah Moldova Parti Komunis RSS Moldavia (1939–1942).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Piotr Grigoryevich Borodin dilahirkan pada 6 Jun 1905.

Piotr Borodin lulus dari Institut Bangunan Dnipropetrovsk pada 1930 dan menjadi jurutera pembinaan. Beliau menamatkan pengajian pascasiswazah pada 1936 di Institut Bangunan Dnipropetrovsk.

Pada 1926, beliau menjadi ahli Parti Komunis Rusia (Bolshevik). Pada 1930-an, beliau adalah pegawai tinggi di RSSA Moldavia di Tiraspol; beliau adalah Setiausaha Parti Komunis kedua di RSSA Moldavia (Februari - Jun 1939) dan Setiausaha Pertama Parti Komunis di ASSR Moldavia (Jun 1939 - 14 Ogos 1940).

Piotr Borodin adalah Setiausaha Pertama Parti Komunis Moldavia (14 Ogos 1940 - 11 Februari 1942). Beliau serentak menjadi ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Ukraine (17 Mei 1940 - 25 Januari 1949), ahli Suruhanjaya penyemakan pusat Parti Komunis Kesatuan Soviet dan anggota Majlis ketenteraan di bahagian depan Barisan Selatan Tentera Merah. Antara 20 Februari 1941 - 5 Oktober 1952, beliau adalah ahli Suruhanjaya Penyemakan Pusat KPSS. Beliau meninggal dunia pada 1986.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jawatankuasa wilayah Parti Komunis Ukraine
Setiausaha Pertama Parti Komunis Moldavia
14 Ogos 1940 – 11 Februari 1942
Diikuti oleh:
Nikita Salogor