Pisau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pisau

Pisau (Jawi: ڤيساو turunan kata akar Proto-Austronesia *pisaw[1]) ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau telah digunakan sebagai alat dan senjata sejak Zaman Batu lagi.

Pisau terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih yang tepinya dibuat tajam; tepi yang tajam ini disebut mata pisau. Pegangan atau hulu pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.

Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bezanya adalah bahawa bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau.

Gergaji atau kapak mungkin diperlukan apabila pisau untuk memotong sesuatu terlalu kecil.

Jenis pisau[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis pisau bergantung pada keperluannya. Berikut adalah beberapa di antaranya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*pisaw: kind of knife or machete". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 23 September 2022.