Plagiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".[1][2] Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan. Sementara penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya, perkembangan Internet, di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan tampal sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.

Penciplakan bukanlah cetak rompak. Sementara kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, masing-masing membawa maksud yang berbeza. Cetak rompak bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara itu pula. penciplakan pula berkaitan dengan perbuatan memplagiat reputasi penulis yang dicapai melalui dakwaan penulisan yang palsu.

Jenis-jenis penciplakan[sunting | sunting sumber]

Tindakan yang boleh dikenakan[sunting | sunting sumber]

Akademia[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia akademik, penciplakan oleh pelajar merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang dilakukan (di peringkat sekolah) ataupun bagi subjek yang diambil (bagi peringkat universiti). Bagi kes penciplakan berulang (seperti menghantar hasil kerja orang lain yang ditiru dan dijadikan hasil kerja sendiri), pelajar tersebut boleh digantung atau dibuang universiti. Kebanyakan pelajar berasa tertekan untuk menyiapkan kertas kerja yang baik pada masa yang ditetapkan, maka melalui capaian kepada teknologi baru (khususnya Internet) pelajar boleh menciplak dengan mudah melalui kaedah "salin dan tampal" dari sumber lain. Kaedan sebegini sangat mudah dikesan oleh guru atau pensyarah atas beberapa sebab. Pertama, kekerapan pemilihan sumber yang tidak asli oleh pelajar berkenaan; pensyarah sering membaca perenggan sama yang disalin daripada sumber popular oleh beberapa orang pelajar. Kedua, biasanya agak mudah untuk memastikan sama ada pelajar menggunakan "suara" sendiri ataupun tidak". Ketiga, pelajar mungkin memilih sumber yang tidak sesuai, terkeluar daripada tajuk, ataupun mengandungi maklumat salah. Keempat, sesetengah pensyarah mungkin menggunakan perisian pengesan penciplakan dalam talian bagi memeriksa kerja kursus para pelajar.[3]

Di kebanyakan universiti, ijazah atau sijil akademik boleh dibatalkan sebagai hukuman kepada pelajar yang menciplak.

Bagi kalangan profesor dan penyelidik, penciplak biasanya dihukum melalui sekatan yang merangkumi daripada penggantungan sehinggalah kepada pemberhentian, bersama-sama kehilangan kredibiliti dan integriti masing-masing.[4][5] Dakwaan memplagiat yang dilakukan oleh pelajar dan profesor selalunya dibawa ke lembaga tatatertib dalaman universiti.[6]

Kewartawanan[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana bidang kewartawanan memerlukan kepercayaan orang ramai, kegagalan wartawan untuk menyatakan sumber-sumber mereka akan menjejaskan integriti dan kredibiliti bagi sesebuah akhbar dan rancangan televisyen. Wartawan yang dituduh menciplak seringkali digantung daripada tugas kewartawanan.[7]

Teks elektronik yang mudah dihasilkan semula daripada sumber-sumber dalam talian seringkali memerangkap sebilangan wartawan untuk melakukan penciplakan: Terdapat wartawan yang ditangkap kerana menghasilkan rencana "salin dan tampal" daripada beberapa laman web.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiversity
Wikiversity
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Maksud "Ciplak" oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. ^ Dipetik daripada Stepchyshyn, Vera (2007). Library plagiarism policies. Assoc of College & Resrch Libraries. m/s. 65. ISBN 0838984169. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Klein A. (June 8, 2007). "Opinion: Why Do They Do It?". The New York Sun. Dicapai pada 2007-12-11.
  4. ^ Kock, N. (1999). A case of academic plagiarism. Communications of the ACM, 42(7), 96-104.
  5. ^ Kock, N., & Davison, R. (2003). Dealing with plagiarism in the IS research community: A look at factors that drive plagiarism and ways to address them Diarkibkan 2009-03-14 di Wayback Machine. MIS Quarterly, 27(4), 511-532.
  6. ^ Clarke, R. (2006). Plagiarism by academics: More complex than it seems. Journal of the Association for Information Systems, 7(2), 91-121.
  7. ^ List of cases of plagiarism among journalists