Proton Perdana (generasi pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Generasi pertama Proton Perdana
Proton Perdana (1995-2013)
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1995–2013
PenggantiGenerasi kedua Proton Perdana
KelasSaiz sederhana
Gaya badanSedan berpintu empat
Reka letakFF
Enjin4G63 DOHC I4 2.0 liter
6A12 DOHC V6 2.0 liter
PenghantaranAutomatik 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Jarak roda2,635 mm (103.7 in) (Standard)
Panjang4,640 mm (182.7 in) (Standard)
4,890 mm (192.5 in) (Executive)
5,300 mm (208.7 in) (S. Limousine)
5,550 mm (218.5 in) (E. Limousine)
Lebar1,730 mm (68.1 in)
Tinggi1,400 mm (55.1 in)
Berat Curb1,005 kg (2,216 lb) (Standard)
BerkaitMitsubishi Eterna

Generasi pertama Proton Perdana adalah kereta sedan bersaiz sederhana berpintu empat yang dihasilkan dari pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh, sebagai hasil daripada kejuruteraan lencana di antara Proton dengan Mitsubishi selepas Proton Saga dan Proton Wira. Perdana generasi pertama mencipta jumlah jualan kira-kira 80,000 tempahan pada tahun 1995-2013.

Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan Waja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah Perdana Menteri Malaysia kecuali Sarawak, Proton Perdana merupakan kereta rasmi yang digunakan.

Perdana (1995-1998)[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana
Proton Perdana (1995-1998)
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1995–1998
PenggantiProton Perdana V6
KelasSaiz sederhana
Gaya badanSedan berpintu empat
Reka letakFF
Enjin4G63 DOHC I4 2.0 liter
PenghantaranAutomatik 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Jarak roda2,635 mm (103.7 in) (Standard)
Panjang4,640 mm (182.7 in) (Standard)
4,890 mm (192.5 in) (Executive)
5,300 mm (208.7 in) (Standard Limousine)
5,550 mm (218.5 in) (Executive Limousine)
Lebar1,730 mm (68.1 in)
Tinggi1,400 mm (55.1 in)
Berat Curb1,005 kg (2,216 lb) (Standard)
BerkaitMitsubishi Eterna
Proton Perdana 1995-1998

Proton memulakan operasi pada tahun 1985 sebagai pengeluar kenderaan Mitsubishi yang mengalami kejuruteraan lencana. Kereta Proton terjual dengan banyaknya kerana mereka memanfaatkan kejuruteraan dan kebolehpercayaan kereta Mitsubishi yang begitu bagus. Daripada kejuruteraan lencana berkenaan, dilancarkanlah Proton Saga pada tahun 1985 dan Proton Wira pada 1993.

Proton Perdana pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyelamatkan nic segmen pasaran mewah Malaysia yang terdiri daripada kenderaan dengan sesaran enjin 2,000 cc dan ke atas. Perdana generasi pertama menggunakan nadi enjin 2.0L 4G63 DOHC I4.[1] Kereta tersebut merupakan model pertama Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur. Model ini dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna.

Perdana ialah model kereta rasmi Perdana Menteri Malaysia yang telah digunakan oleh Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga Najib Razak. Logo pertama Perdana pula dicontohi oleh Sublime Magazine. Perdana terbahagi kepada tiga varian, iaitu Perdana GLi (1994), Perdana SEi (1995), dan Perdana XLi (1996).

Perdana V6 (1998-2013)[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana V6
Proton Perdana (1998-2013)
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1998–2013
PendahuluProton Perdana
PenggantiProton Perdana
KelasSaiz sederhana
Gaya badanSedan berpintu empat
Reka letakFF
Enjin6A12 DOHC V6 2.0 liter
PenghantaranAutomatik 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Jarak roda2,635 mm (103.7 in) (Standard)
Panjang4,640 mm (182.7 in) (Standard)
4,890 mm (192.5 in) (Executive)
5,300 mm (208.7 in) (Standard Limousine)
5,550 mm (218.5 in) (Executive Limousine)
Lebar1,730 mm (68.1 in)
Tinggi1,400 mm (55.1 in)
Berat Curb1,005 kg (2,216 lb) (Standard)
BerkaitMitsubishi Eterna
Proton Perdana V6 1998-2013
Proton Perdana V6 1998-2013

Pada tahun 1998, Proton memperkenalkan generasi kedua Perdana bernadikan enjin 2.0L 6A12 DOHC V6.[2] Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2000, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikat EON.[3][4] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diam perdana berisi.
  2. ^ http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/permotoran/diam-perdana-berisi-1.108065
  3. ^ a b "ACE >> Products". Official ACE website at eon.com.my. Dicapai pada 2008-07-24.
  4. ^ "Other Products & Services > Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd". Official EON website. Dicapai pada 2008-07-24.