Pusat Perubatan Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Universiti
Lokasi Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Sistem penjagaan Badan Berkanun, pemilik Kementerian Pendidikan Malaysia
Jenis hospital Hospital Pengajar
Afiliasi universiti Universiti Malaya
Katil 1600
Diasaskan 1968
Laman www.ummc.edu.my
Senarai

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan institusi perubatan badan berkanun yang terletak dalam kampus utama Universiti Malaya, Pantai Dalam, barat daya Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada tahun 1962.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bertitik tolak daripada penggabungan 2 institusi pendidikan tinggi awam era kolonial Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII, maka Universiti Malaya telah tertubuh dengan jayanya pada tanggal 1949. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 1957, universiti ini telah dibahagikan kepada 2 entiti berotonomi, satu terletak di Singapura, manakala satu lagi terletak di Kuala Lumpur bermula tahun 1959. Perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia telah menjadikan entiti institusi yang terletak di situ telah bertukar menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Pada tanggal 5 Ogos 1968, bangunan baharu PPUM telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasarudin Shah Ibni Alharmahum Sultan Zainal Abidin.

Visi[sunting | sunting sumber]

PPUM menjadi Hospital pengajar yang terunggul dan bertaraf antarabangsa.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memperkasakan modal insan yang berwibawa dan berkompetensi tinggi.
  • Memacu kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal.
  • Melestarikan kedudukan kewangan yang mampan.
  • Memartabatkan institusi melalui pengiktirafan dan akreditasi pendidikan dan penjagaan kesihatan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official Portal University Malaya Medical Centre". ummc.edu.my. Dicapai pada 17 March 2016.
  2. ^ https://www.ummc.edu.my/default-bm.asp?keyid=

Pautan luar[sunting | sunting sumber]