Rangkaian Lebuhraya Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian Clementi di Lebuhraya Ayer Rajah.
Lebuhraya Seluruh Pulau di Toa Payoh.
Lebuhraya Bukit Timah adalah sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia.

Rangkaian Lebuhraya Singapura membolehkan pemandu bergerak dengan pantas dari satu-satu kawasan perbandaran di Singapura. Kesemua lebuh raya di Singapura adalah dari jenis jalan raya kembar dengan capaian pengasingan aras melalui persimpangan bertingkat. Setiap lebuh raya di Singapura mempunyai 6 lorong (3 bagi setiap arah perjalanan) tetapi ada juga yang mempunyai 8 lorong untuk menampung kadar aliran trafik yang tinggi.

Di Singapura, rangkaian lebuh raya dikategorikan kepada dua iaitu lebuh raya ekspres dan lebuh raya separa ekspres. Terdapat 11 lebuh raya ekspres termasuklah Lebuhraya Kallang-Paya Lebar yang separa siap, Lebuhraya Pantai Marina yang bakal dibina pada tahun 2008 serta Lebuhraya Utara-Selatan yang mula diluluskan pembinaannya pada tahun 2008. Lebuh raya ekspres pertama di Singapura ialah Lebuhraya Seluruh Pulau yang dibina pada tahun 1966. Kesemua lebuh raya di Singapura dibina, dikendalikan dan diselenggarakan oleh Lembaga Pengangkutan Darat Singapura. Had laju utama bagi lebuh raya ekspres adalah 90 km/j, tetapi terdapat beberapa tempat yang masih lagi mengguna pakai had laju lama 80 km/j berikutan kadar trafik yang tinggi.

Lebuh raya separa ekspres pula adalah lebuh raya yang tidak mempunyai had laju yang seragam dan ada bahagian yang masih menggunakan simpang lampu isyarat. Terdapat 3 lebuh raya separa ekspres di Singapura iaitu Lebuhraya Nicoll, Lebuhraya Pantai Barat dan Sistem Jalan Lingkaran Luar Singapura.

Rangkaian lebuh raya Singapura dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya Malaysia melalui Laluan Kedua Malaysia-Singapura (berhubung dengan Lebuhraya Ayer Rajah) dan Tambak Johor (menghubungkan Lebuhraya Skudai dengan Lebuhraya Bukit Timah. Lebuhraya Bukit Timah adalah sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia laluan Tabliczka AH2.svg AH2.

Senarai lebuhraya di Singapura[sunting | sunting sumber]

Peta rangkaian lebuh raya ekspres dan separa ekspres di Singapura.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]