Rehman Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rehman Rashid (24 Oktober 1955–3 Jun 2017) merupakan seorang penulis dan wartawan Malaysia.

Rehman Rashid
Kelahiran(1955-10-24)24 Oktober 1955
Meninggal dunia3 Jun 2017(2017-06-03) (umur 61)
PekerjaanPenulis
Wartawan
Tahun aktif1981–2017

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 24 Oktober 1955. Rehman belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau belajar dalam bidang Biologi Marin di Kolej Universiti Swansea di Wales.[1] Beliau dikenali di Universiti kerana menulis lagu rakyat dan menyanyikannya di setiap acara.

Rehman memulakan kerjaya kewartawanan pada 1981. Sebelum ini, beliau bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan di Pulau Pinang dan sebagai penyelidik di Fakulti Sains Marin dan Perikanan di Universiti Putra Malaysia.

Selepas tujuh tahun berkhidmat sebagai penulis dan kolumnis di New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris tempatan, beliau menyertai majalah Asiaweek di Hong Kong sebagai Penulis Senior. Di sana, beliau berkhidmat selama setahun di Bermuda, sebagai Penulis Senior di majalah Bermuda Business sebelum kembali ke Malaysia untuk menyiapkan buku A Malaysian Journey.

Beliau merupakan Wartawan Tahun Ini di Institut Akhbar Malaysia pada 1985, dan Wartawan Cetakan Tahun Ini di Bermuda pada 1991.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau menderita serangan jantung pada Januari 2017 dan dirawat di Hospital Selayang, Batu Caves.[2] Pada 3 Jun 2017, beliau meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat penyakit yang dihidapinya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khoo, Gaik Cheng; Cheng, Khoo Gaik (November 2006). Reclaiming Adat: contemporary Malaysian film and literature. NUS Press. m/s. 59. ISBN 978-9971-69-338-1. Dicapai pada 7 December 2010.
  2. ^ http://www.nst.com.my/news/2017/01/207588/rehman-rashid-suffers-heart-attack-hospitalised
  3. ^ "Veteran journalist Rehman Rashid dies". The Star Online. Dicapai pada 3 June 2017.