Rejimen Semboyan Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rejimen Semboyan DiRaja
Rejimen Semboyan DiRaja Malaysia
Aktif1949
NegaraMalaysia
CawanganTentera Darat Malaysia
JenisIsyarat
PerananKomunikasi
Komander
Ketua Pegawai SemboyanBrigedier Jeneral Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra
Kolonel Yang DiPertuaDuli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz

Rejimen Semboyan Diraja adalah satu unit bantuan tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja bertanggungjawab mengadakan dan mengekalkan saluran-saluran perhubungan untuk markas dan elemen-elemen taktikal Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja juga dengan bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia.

Sejarah Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula dengan penubuhan satu Terup Perhubungan di Depot Latihan Rejimen Askar Melayu di Port Dickson dalam tahun 1949. Terup Perhubungan ini telah diasaskan dengan mengumpulkan anggota-anggota semboyan (pengendali radio ataupun radioman) yang berkhidmat di dalam Batalion Pertama, Batalion kedua dan Batalion ketiga Rejimen Askar Melayu untuk di dalam Terup Semboyan .

Dengan pengembangan saiz dan pertambahan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Terup Perhubungan, pasukan ini telah dinamakan Skuadron Semboyan Tentera Persekutuan (Federation Signals Squadron). Skuadron ini ditugaskan untuk memenuhi keperluan semboyan semua unit-unit Rejimen Askar Melayu.

Skuadron Semboyan Briged Persekutuan ditubuhkan apabila Briged Infantri Persekutuan ditubuhkan dalam tahun 1952. Dengan pengukuhan, pertambahan peranan dan kepentingannya dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perhubungan Tentera Persekutuan, pasukan ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Rejimen Semboyan Persekutuan (Federation Signals Regiment). Sehingga kini, tarikh penubuhan Skuadron Semboyan Briged Persekutuan diraikan sebagai hari ulangtahun penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.

Rejimen Semboyan diberikan dgelaran “Diraja” pada 6 Jun 1992 oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Rejimen Semboyan dan pasukan ini setrusnya dikenali dengan nama Rejimen Semboyan Diraja.

Semua rekrut Rejimen Semboyan Diraja menerima latihan asas ketenteraan mereka di Pusat Latihan Rekrut di Port Dickson. Latihan khusus pasukan Semboyan (special-to-arm training) diberikan di Sekolah Semboyan di Kem Sungei Besi (sebelumnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur). Sekolah itu adalah sekarang dikenali sebagai Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED).

Kolonel Yang DiPertua dan Ketua Pegawai Semboyan[sunting | sunting sumber]

Bendera Rejimen Semboyan Diraja

DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja.

Pegawai paling kanan di dalam Rejimen semboyan dikenali sebagai Ketua Pegawai Semboyan (Chief Signals Officer). Buat masa ini Ketua Pegawai Semboyan disandang oleh Brig. Jen. T.Azharan bin T.Putra, iaitu Ketua Pegawai Semboyan yang ke-18. Anak watan pertama dilantik menjadi Ketua Pegawai Semboyan adalah Kolonel (kemudiannya Mejar Jeneral) Leong Siew Meng yang dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau merupakan salah seorang daripada “Templer's 12” iaitu antara 12 orang warga Persekutuan Tanah Melayu yang dipilih oleh Jeneral Tun Gerald Templer untuk menjadi pegawai semasa Rejimen Persekutuan ditubuhkan

Lambang Dan Cogan Kata[sunting | sunting sumber]

Lambang Rejimen menggunakan Burung Camar Laut sebagai simbol utusan yang menghubungi seluruh dunia. Bulatan dengan kata-kata "Rejimen Semboyan Diraja" mewakili perkhidmatan dan kecemerlangan dalam memberikan khidmat kepada Tentera Darat Malaysia.

Cogan Kata Rejimen adalah "Pantas Dan Pasti", berpokok kepada cogan kata “Certa Cito”, iatu cogan kata Corps of Royal Signals Tentera British yang telah memainkan peranan besar membantu penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja. Mahkota dengan 5 runcing digunakan untuk menghargai Rejimen Askar Melayu Diraja, kerana asal Rejimen Semboyan adalah dengan penubuhan Terup Perhubungan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Bendera Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna Rejimen, iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dan biru tua, dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan berasal daripada Rejimen Askar Melayu Diraja. Logo Rejimen Semboyan adalah diletakkan di tengah bendera.

Peranan Dan Tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Rejimen Semboyan DiRaja menyediakan perkhidmatan berikut untuk kemudahan Tentera Darat Malaysia.

  • perkhidmatan komunikasi taktikal,
  • keupayaan mengendalikan peperangan elektronik,
  • Peperangan Informasi dan Maklumat (C4ISR)

Rejimen Semboyan DiRaja juga menyediakan dan menyelenggara semua peralatan komunikasi dan peralatan elektronik Tentera Darat Malaysia.

Organisasi dan Unit-unit[sunting | sunting sumber]

Struktur Organisasi[sunting | sunting sumber]

Rejimen Semboyan Diraja distrukturkan mengikut Rejimen dan Skuadron. Satu Rejimen ditugaskan dengan setiap satu daripada 4 Divisyen dalam Tentera Darat Malaysia. Setiap Briged pula mempunyai satu Skuadron Semboyan yang ditugaskan mengendalikan khidmat perhubungan. Skuadron dipecahkan menjadi Terup untuk tujuan operasi.

10 Briged Para pula mempunyai bantuan tempur daripada Skuadron Semboyan (Para) di mana setiap anggota Skuadron Semboyan (Para) telah layak mendapat tauliah sebagai anggota payung terjun.

Unit-Unit[sunting | sunting sumber]

Unit-Unit Rejimen Semboyan adalah seperti berikut

  • 1 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Muara Tuang, Kuching.
  • 2 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Sg. Ara.
  • 3 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Terendak, Melaka
  • 4 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Erskine, Kuala Kubu Baru
  • 5 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Limbang (dibubar).
  • 71 Rejimen Semboyan Diraja – Kem Perdana Sungai Besi, KL.
  • 72 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Imphal, KL.
  • 73 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Paya Jaras, Sg Buloh.
  • 74 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Transmitter Sg Besi.
  • 75 Skuadron Semboyan Diraja- Kem Kukusan,Tawau (dibubar).
  • 91 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Kementah, KL.
  • 93 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Imphal, KL.
  • 94 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Sri Miri (dibubar)
  • 95 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Perdana Sg Besi, KL.
  • RSD Medan Askar Wataniah - Kem Kementah, KL.
  • RSD Pakar Telekom - Kem Kementah, KL.
  • 1 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Rasah, Seremban.
  • 2 Skuadron Semboyan Diraja - Kem MK 2 Bgd, Ipoh.
  • 3 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Penrissen, Kuching.
  • 4 Skuadron RSD (MEK) - Kem Bt 10, Kuantan.
  • 5 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
  • 6 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Sungai Layar, Sungai Petani.
  • 7 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Mahkota Kluang, Johor.
  • 8 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
  • 9 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Oya, Sibu.
  • 10 Skuadron RSD (Para) - Kem Terendak, Melaka.
  • 11 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Sungai Buloh, Sg Buloh.
  • 12 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Wardieburn, KL.
  • 11 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Kementah, KL.
  • 12 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Jalan Raja Dihilir, Ipoh.
  • 13 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Sikamat, Seremban.
  • 14 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Samarahan, Kota Samarahan.
  • 15 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kem Kementah, KL.
  • 16 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kuantan.
  • 17 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Taiping.
  • 18 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kuching.
  • 21 Skuadron Semboyan DiRaja (GGK) - Kem Iskandar, Mersing.
  • 101 Trup Semboyan Armor
  • 102 Trup Semboyan Armor
  • 103 Terup Semboyan Armor
  • 104 Terup Semboyan Armor
  • 111 Terup Semboyan Armor
  • 12 Terup Semboyan RAMD
  • 14 Terup Semboyan RAMD
  • 19 Terup Semboyan RAMD
  • 7 Terup Semboyan RRD

Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat[sunting | sunting sumber]

INSTITUT Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah ditubuhkan dalam tahun 1958 dengan Terup Latihan Skuadron Semboyan Tentera Persekutuan. Dalam tahun 1964, Sekolah Semboyan ditubuhkan untuk menggantikan Terup Latihan. Namanya kemudian ditukarkan kepada Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat untuk lebih menggambarkan peranan dan perubahan misi Rejimen Semboyan.

IKED mentadbir 23 kursus untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Malaysia, dengan 10 kursus untuk Pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan. Kursus-kursus termasuk kriptografi dan semboyan tempur juga ditawarkan. IKED mengendalikan 1,100 hingga 1,300 orang pelatih setiap tahun.

ia juga merupakan home of corps. Iked Adalah institusi melatih Pegawai Semboyan dan Lain-lain pangkat untuk mengendalikan peralatan Semboyan.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Antara kelengkapan Semboyan yang digunakan adalah

  • TRC 9200
VHF/FM manpack transceiver
VHF Tactical Frequency Band: 30 to 88 MHz
Output power: 5 - 10 W
Fast Frequency Hopping
High autonomy: up to 24 hours according to the type of battery (Ni-Cad, Li-Ion, Lithium)
Multirole radio: manpack, vehicular, base stations
Fully interoperable in all modes with other PR4G radio
Interoperability via STANAGs 4204&4292
Wide range of advanced CNR & data services (TDMA, Packet radio mode and Tactical network access (ACNRI))

Laman Web Rasmi Rejimen Semboyan Diraja[sunting | sunting sumber]

Rejimen Semboyan Diraja