Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina
Socijalistička Republika Bosna i Hercegovina
Социјалистичка Република Босна и Херцеговина
Komponen republik di Yugoslavia
1943–1992
Flag of Bosnia dan Herzegovina
Jata of Bosnia dan Herzegovina
Bendera Jata

Kedudukan Bosnia dan Herzegovina dalam Yugoslavia.
Ibu kotaSarajevo
Keluasan 
• 1991
51,129 km2 (19,741 bt2)
Populasi 
• 1991
4377053
History
Kerajaan
 • JenisRepublik sosialis
Presiden 
• 1945–1946 (pertama)
Vojislav Kecmanović
• 1990–1992 (terakhir)
Alija Izetbegović
Perdana Menteri 
• 1945–1948 (pertama)
Rodoljub Čolaković
• 1990–1992 (terakhir)
Jure Pelivan
Badan perundanganDewan Kebangsaan
Era bersejarahPerang Dingin
• ZAVNOBiH
25 November 1943
18 November 1991
9 Januari 1992
1 Mac 1992
• Meletusnya Perang Bosnia
5 April 1992
• Kemerdekaan
6 April 1992
Didahului oleh
Diganti oleh
Kemerdekaan negara Croatia
Republik Bosnia dan Herzegovina
Hari ini sebahagian daripada Bosnia dan Herzegovina

Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina (Bahasa Serbia-Croatia: [Socijalistička Republika Bosna i Hercegovina/] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) Социјалистичка Pепублика Босна и Херцеговина) adalah salah satu dari enam buah unit komponen persekutuan yang membentuk Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Ia merupakan negara pendahulu bagi Bosnia dan Herzegovina pada masa sekarang. Ia wujud antara tahun 1945 hingga 1992, di dalam Yugoslavia sebagai sebuah kondominium. Ia kemudian mendapat status yang lebih tinggi di republik sosialis di bawah terman-terma yang lebih ketat iaitu hegemonis konsosiasionalisme atau "etnik utama" (bahasa Bosnia: nacionalni ključ), di mana perwakilan politik yang seimbang antara kumpulan-kumpulan etnik (Serb, Croat dan Bosniak) telah dikuatkuasakan. Ibu negara adalah Sarajevo, yang mana kekal menjadi sebuah ibu negara selepas kemerdekaan. Republik sosialis dibubarkan pada tahun 1990 selepas ia melepaskan institusi komunis dan menerima konsep pasaran bebas, apabila Republik Bosnia dan Herzegovina mengistiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada tahun 1992. Kerajaan Bosnia dan Herzegovina sehingga 20 Disember 1990, berada dalam kekuasaan Liga Komunis Bosnia dan Herzegovina.

Sempadan Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina hampir sama dengan Bosnia semasa di bawah tempoh pemerintahan oleh Austria-Hungary yang bertahan sehingga tahun 1918. Pada tahun itu Bosnia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Beraja Yugoslavia dan pada zaman itu wilayah-wilayahnya dibahagikan kepada banovina. Apabila republik sosialis Bosnia dan Herzegovina ditubuhkan, ia memasukkan kebanyakan wilayah-wilayah di Vrbas Banovina, bahagian barat Drina Banovina, barat laut Zeta Banovina, dan timur Banovina, Croatia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

  • Bataković, Dušan T. (1996). The Serbs of Bosnia & Herzegovina: History and Politics. Dialogue Association.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°52′N 18°25′E / 43.867°N 18.417°E / 43.867; 18.417