Rivet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rivet yang dipasang pada jambatan kereta api.

Rivet (Jawi: ريۏيت) merupakan suatu pasak atau paku kekal yang digunakan untuk mencantumkan kepingan-kepingan logam dan biasanya diperbuat daripada besi. Sebelum pemasangan, sebuah rivet terdiri daripada suatu syaf silinder dengan suatu kepala rivet pada satu hujung manakala sebelah hujung lagi dipanggil sebagai "ekor rivet". Dalam pemasangan rivet (perivetan), ekor rivet diubah bentuk menjadi sebuah "kepala" baharu dengan meratakan bahagian ekor lalu mencantumkan dua kepingan logam.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Tiga batang rivet pop dengan panjang berlainan.

Rivet terbahagi kepada beberapa jenis, seperti jenis-jenis di bawah yang dirujuk berdasarkan bentuk kepala rivet:[1]

  • Rivet kepala bulat
  • Rivet trapezium
  • Rivet datar
  • Rivet khusus

Terdapat juga rivet pop (pop rivet atau blind rivet) yang direka supaya hanya perlu dipasang dari sebelah kepingan sahaja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jenis Paku Keling" (dalam bahasa Indonesia).
  2. ^ Blind Rivets, August 1942, Popular Science Diarkibkan 2018-01-26 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Rivet di Wikimedia Commons