Rock alternatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rock alternatif (bahasa Inggeris: alternative rock, juga dikenali sebagai muzik alternatif, rock indie, indie atau hanya alternatif) merupakan sebuah genre muzik rock yang terbit pada 1980-an dan popular secara meluas pada 1990-an. Nama "alternatif" dicipta pada tahun 1980 untuk menerangkan kugiran-kugiran punk rock yang tidak sesuai dengan genre punk rock pada masanya. Sebagai jenis muzik yang spesifik, rock alternatif mempunyai sub-aliran yang bervariasi, daripada muzik indie yang bermula pada tahun 1980 dan menjadi popular pada tahun 1990; seperti indie rock, grunge, gothic rock, dan college rock. Genre-genre tersebut diperkukuh dengan ciri khasnya masing-masing.

Walaupun muzik alternatif dikategorikan sebagai genre rock, tetapi beberapa sub-genrenya terpengaruh oleh muzik rakyat, reggae, musik elektronik, dan jazz. Pada masa tertentu, istilah rock alternatif digunakan untuk mennggelar muzik rock daripada kugiran bawah tanah pada tahun 1980-an, punk rock (termasuk punk), dan untuk muzik rock itu sendiri pada tahun 1990-an dan 2000-an.

Di Malaysia, tahun 2008 dikatakan[nyatakan menurut siapa?] sebagai kebangkitan muzik ini. Kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi menjadi popular pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kugiran seperti OAG telah lebih awal menjadi popular sejak akhir 1990-an.[perlu rujukan]

Istilah "alternatif" telah diberi bagi menjelaskan kugiran rock punk yang bebas dan tidak tergolong dalam genre muzik aliran utama masa itu.[1] Sebagai sebuah genre muzik, rock alternatif mengandungi pelbagai subgenre yang muncul daripada arena muzik bebas pada 1980-an, seperti Grunge, Britpop, rock gothic, dan pop indie.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Popkin, Helen A.S. (2006). "Alternative to what?" (http). MSNBC.com. Dicapai pada June 21. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ di Perna, Alan. "Brave Noise—The History of Alternative Rock Guitar". Guitar World. December 1995.