Ross Norman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ross Norman (lahir 7 Januari 1959) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari New Zealand. Dia paling dikenali apabila memenangi Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 1986 selepas berjaya mengalahkan Jahangir Khan dari Pakistan di pusingan akhir 9-5, 9-7, 7-9, 9-1. Kemenangan itu menyaksikan berakhirnya kemenangan Jahangir Khan selama lima tahun berturut-turut.

Norman bersara daripada sirkit skuasy profesional pada tahun 1994 tetapi masih aktif dalam acara untuk pemain-pemain senior.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]