Rukun tetangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rukun Tetangga)
Tonarigumi, cikal bakal Rukun tetangga.

Majlis permukiman (Indonesia: Rukun tetangga) ialah satu jenis majlis pentadbiran untuk memasing kampung/mukim dekat negara Indonesia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.

Sehingga Disember 2022 sebanyak 8,348 kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh Negara .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak pada 29 Ogos 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga yang pertama pada tahun 1975 ialah Kampung Kasipillay di Kuala Lumpur.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.Visi utama rukun tetangga ditubuhkan adalah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian wawasan 2020. Misinya pula adalah memupuk kesefahaman dan bertolah ansur kea rah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula Bersatu Terus Maju. Objektif punubuhan kelab ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara berlandaskan Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.

Contoh Kawasan Rukun Tetangga : KRT Desa Anggerik, Putra Nilai, Nilai, 71800, Negeri Sembilan.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kadar jenayah di sekitar kawasan perumahan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh masyarakat di kawasan perumahan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.


1.Mengawal Keselamatan

-Penubuhan KRT bukanlah untuk mengambil alih tugas anggota keselamatan, tetapi ia lebih kepada membantu anggota keselamatan ketika menjalankan tugas.

-Kes pecah masuk rumah seringkali kita dengar berlaku di kawasan-kawasan penduduk. Langkah pengawalan kawasan perumahan selalunya dilakukan di bahagian hadapan rumah dan belakang rumah bagi memastikan tiada situasi yang mencurigakan.

-Walkie-talkie digunakan bagi membuat laporan semasa rondaan dijalankan. Selalunya, aktiviti rondaan akan dijalankan di waktu malam.

-Rondaan akan bermula jam 3.00-5.00 pagi kerana dilaporkan waktu begini adalah waktu kritikal sering berlakunya kes pecah masuk rumah. Terdapat juga kawalan di waktu siang namun ia lebih kepada pemantauan dari dalam rumah sahaja.

-Rondaan malam biasanya hanya melibatkan enam orang atau lebih mengikut luas kawasan perumahan dan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan.


2.Mengeratkan Silatulrahim

-Aktiviti KRT ini mampu mengeratkan hubungan silatulrahim antara manusia. Sifat kejiranan yang perlu dikembangkan boleh dimulai dengan menyertai KRT terutamanya kepada individu atau keluarga yang baru berpindah dan menjadi ahli kariah di kawasan tersebut.

-Kepada ahli kejiranan yang baharu, KRT adalah langkah yang baik untuk anda mula mengenal siapakah jiran-jiran anda. Ini kerana, mengenali siapakah penduduk di dalam kawasan tempat tinggal amat penting bagi mengelakkan buruk sangka antara satu sama lain.

-Walaupun kebanyakan penduduk sibuk bekerja pada siang hari, tetapi meluangkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali sudah cukup memberikan kualiti yang baik kepada sesi berkenalan.

-Tidak terhad kepada orang dewasa, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak muda mereka untuk menyertai KRT bersama yang lain supaya tiada jurang antara jiran yang lebih dewasa.

-Maka jangan kita ambil mudah dan rebutlah peluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara jiran tetangga.


3.Aktiviti Riadah

-Satu kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang banyak akan terbentuk hasil penubuhan KRT. Antara kebaikan yang anda boleh dapat ialah melakukan aktiviti riadah sesama ahli.

-Aktiviti ini berkonsepkan santai dan relaks seperti bersukan atau hobi masa lapang. Apabila telah terjalin silaturahim yang baik antara jiran tetangga, pastinya akan ada perkongsian atau hobi yang sama.

-Kebiasaannya pasukan bola sepak komuniti akan dicipta oleh ahli-ahli KRT dan perlawanan liga antara KRT-KRT di kawasan lain dapat dijalankan. Hobi memancing juga pasti mempunyai bilangan minat yang tinggi di sesetengah komuniti.

-Tidak lupa juga, hari keluarga turut diadakan di sesetengah KRT yang melibatkan setiap unit rumah.

-Aktiviti sedemikian perlu dirancang sekurang-kurangnya enam bulan sebelum untuk melaksanakannya dan lazimnya tarikh yang diambil adalah ketika menjelang cuti persekolahan akhir tahun.


4.Majlis Keraian

-Selain itu, pelbagai majlis keraian yang boleh dilakukan bersama dengan penduduk setempat.

-Majlis keraian ialah majlis keramaian yang melibatkan ramai tetamu bagi menghargai dan menghormati seseorang dengan mengadakan jamuan besar-besaran contohnya majlis perkahwinan, majlis hari raya dan majlis doa selamat.

-Majlis seperti ini pastinya memerlukan kehadiran dan bantuan tenaga yang banyak. Cuba anda bayangkan majlis anda dihadiri bersama-sama warga KRT di kawasan perumahan anda, sudah tentu kemeriahan yang tak terhingga dapat diwujudkan.

-Sebagai contoh jika anda mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan rewang, pastinya persahabatan antara jiran tetangga akan memeriahkan majlis tersebut.


5.Bantuan Kecemasan

-Hubungan yang baik tercipta melalui penubuhan KRT perlu dipupuk. Fungsi KRT sangat penting bagi sesebuah kawasan perumahan. Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terhadap rakyat Malaysia.

-Pembuangan kerja berlaku di mana-mana sahaja sehingga satu ketika,  bendera putih dinaikkan menunjukkan bahawa terdesaknya keadaan seseorang. Kadangkala kita tidak tahu adakah jiran kita berada dalam keadaan baik atau tidak.

-Bantuan kecemasan pada era pendemik COVID-19 seperti menghulurkan barang mentah atau memberikan kemudahan pengangkutan kepada jiran jika hendak ke mana-mana adalah perlu bagi meringankan beban mereka.

-Jiran adalah antara orang yang terdekat dengan kita dan jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan dan keharmonian mereka.

-Maka dengan itu, amat penting kewujudan Komuniti Rukun Tetangga dan sokongan daripada penduduk setempat. Jalinan ukhuwah KRT tidak akan berjaya jika tiada kata sepakat daripada jiran sekeliling. Luahkan sedikit masa untuk menyumbang tenaga di dalam kumpulan ini untuk kebaikan semua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]