Rusa kutub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusa kutub
Seekor rusa kutub di Norway
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Capreolinae
Genus: Rangifer
C.H. Smith, 1827
Spesies:
R. tarandus
Nama binomial
Rangifer tarandus
(Linnaeus, 1758)
Habitat haiwan yang bertaburan di Amerika Utara dan Eurasia
Sinonim

Cervus tarandus (Linnaeus, 1758)

Rusa kutub (Rangifer tarandus), juga dikenali sebagai karibu (caribou) di Amerika Utara, adalah spesies rusa bertaburan keliling kutub (circumpolar) yang hidup di kawasan-kawasan Artik, subartik, tundra, boreal, dan pergunungan di Eropah Utara, Siberia, dan Amerika Utara; termasuk populasi menetap dan yang menghijrah. Saiz kawana Rangifer sangat berbeza bergantung kepada kawasan geografinya. Kawanan rusa kutub tundra Taimyr (R. t. sibiricus) di Rusia ialah kawanan rusa kutub liar terbesar di dunia,[2] dengan bilanganantara 400,000 dan 1,000,000 ekor. Kwana yang kedua terbesar ialah kawanan karibu hutan jarang  (R. t. caribou)  di Sungai George, Kanada, dengan julat bilangan antara 28,000 dan 385,000 ekor. Malangnya, bilangan rusa tersebut telah menurun kepada lebih sedikit daripada 9,000 ekor sejak Januari 2018 mengikut suatu laporan berita.[3]

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Buku Mammal Species of the World (edisi ke-3) mengiktiraf 14 subspesies rusa kutub, di mana 2 daripadanya telah pupus.

subspesies Rangifer tarandus
subspecies nama tempat penghijrahan divisi taburan berat rusa jantan
R. t. buskensis[4] (1915) hutan jarang Rusia dan kawasan yang berjiranan tiada data
R. t. caboti** (G. M. Allen, 1914)[Notes 1] karibu Labrador
R. t. caribou (Gmelin, 1788) karibu hutang jarang, (termasuk jenis menghijrah) menetap[Notes 2] hutan boreal (keutaraan) selatan Kanada dan barat laut tanah besar Amerika Syarikat[5] terbesar
R. t. granti karibu Grant berhijrah Alaska, Amerika Syarikat, dan Yukon, Kanada
R. t. fennicus (Lönnberg, 1909) rusa kutub hutan Finland hutan jarang
barat laut Rusia dan Finland 150–250 kg (330–550 lb)
R. t. groenlandicus (Borowski, 1780) karibu tanah gersang (barren-ground caribou) berhijrah tundra Nunavut dan Wilayah Barat Laut Kanada dan barat Greenland 150 kg (330 lb)
R. tarandus osborni** (J. A. Allen, 1902) karibu Osborn British Columbia, Kanada tiada data
R. t. pearsoni (Lydekker, 1903) Rusa kutub Novaya Zemlya subspesies pulau yang bergerak setempat Novaya Zemlya, Rusia tiada data
R. t. pearyi (J. A. Allen, 1902) karibu Peary subspesies pulau yang bergerak setempat kepulauan Artik tinggi Nunavut dan Wilayah Barat Laut, Kanada subspesies terkecil di Amerika Utara
R. t. phylarchus (Hollister, 1912) rusa kutub Kamchatka hutan jarang Semenanjung Kamchatka dan kawasan yang bersempadanan dengan Laut Okhotsk, Rusia tiada data
R. t. platyrhynchus (Vrolik, 1829) rusa kutub Svalbard subspesies pulau yang bergerak setempat Kepulauan Svalbard Norway subspesies terkecil
R. t. sibiricus (Murray, 1866) rusa kutub tundra Siberia Siberia, Rusia tiada data
R. t. tarandus (Linnaeus, 1758) – caribou karibu / rusa kutub gunung tundra atau kawasan pergunungan Tundra Artik semenanjung Fennoscandia, Norway tiada data
R. t. terraenovae** (Bangs, 1896) karibu Newfoundland
R. t. valentinae** rusa kutub hutan Pergunungan Ural, Rusia, dan Pergunungan Altai, Mongolia tiada data
Subspesies Rangifer tarandus yang telah pupus
subspesies nama migrasi tundra taburan ketinggian rusa jantan pupus sejak
R. t. dawsoni (Thompson-Seton, 1900) karibu kepulauan Permaisuri Charlotte pupus tiada Haida Gwaii (Kepulauan Permaisuri Charlotte) tiada data 1910
R. t. eogroenlandicus rusa kutub Artik pupus tiada timur Greenland tiada data 1900

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Tanduk[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua rusa jantan dan betina kebanyakan populasi rusa ini menumbuhkan tanduk; haiwan ini ialah satu-satunya spesies cervid yang bercirikan sedemikian.[6]

Kulit bulu[sunting | sunting sumber]

Warna bulu rusa ini berubah-ubah bergantung kepada musim dan subspesies. Taburan rusa yang terletak di utara lebih berwarna putih dan cerah berbanding taburan rusa selatan yang berwarna lebih gelap. Ini dapat dilihat di Amerika Utara, di mana subspesies utara karibu Peary merupakan subspesies paling kecil di benua ini manakala subspesies karibu hutan jarang di selatan adalah yang paling gelap dan terbesar.[7]

Bulu rusa kutub terdiri daripada dua lapisan bulu: satu lapisan kusut padat dan satu litupan yang terdiri daripada bulu halus yang berongga memerangkap udara.[8][Notes 3] Bulunya berpenebat rendah lalu membolehkannya mengawal suhu teras badan agar berhubungan dengan persekitarannya, thermogradient, bahkan jika suhu naik ke 100100 °F (38 °C).[9] Pada tahun 1913, Dugmore menyatakan bagaimana woodland karibou berenang begitu tinggi keluar dari air, tidak seperti yang lain mamalia, karena mereka kosong, "berisi udara, quill-seperti rambut" bertindak sebagai sokongan "hidup jaket."[10]

Pembiakan dan kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Rusa kutub mengawan pada akhir September sehingga awal November, di mana tempoh kebuntingan adalah sekitar 228-234 hari.[11] Pada musim ini, individu jantan berlaga untuk mendapatkan pasangan yang terbaik - dua rusa jantan akan melaga tanduk masing-masing dan cuba menolak satu sama lain sehingga salah satunya tersungkur. Rusa jantan yang paling dominan bisa mendapatkan sebanyak 15-20 ekor rusa betina untuk dijadikan pasangan. Rusa-rusa jantan tersebut akan berhenti makan pada masa ini lalu kehilangan banyak berat simpanan dalam badan.[12]

Rusa jantan hidup 4 tahun kurang daripada rusa betina di mana jangka hayat maksimumnya ialah sebanyak 17 tahun. Rusa betina bersaiz badan normal dengan gizi secukupnya pada musim panas boleh membiak pada bila-bila masa dari usia satu hingga tiga tahun. Jika sebaliknya berlaku dan rusa betina kekurangan zat, pembiakan tidak dapat dilakukan sepanjang tahun tersebut.[13] Haiwan jantan yang dominan, yakni mempunyai saiz badan dan tanduk yang lebih besar akan mengawan dengan lebih dari satu rusa betina dalam semusim.

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Seekor rusa kutub yang berjalan di Sweden

Rusa kutub asalnya dapat ditemui di Skandinavia, Eropah timur, Greenland, Rusia, Mongolia, dan China utara melebihi garis lintang utara ke-50. Di Amerika Utara, ia ditemui di Kanada, negeri Alaska di Amerika Syarikat dan jangkauan sempadan bersambungan (conterminous) negara tersebut dari Washington ke Maine. Pada abad ke-19, ia mungkin dapat dilihat di kawasan selatan sejauh negeri Idaho. Bahkan ia mungkin didapati secara semulajadi dalam Ireland pada suatu ketika dahulu. Pada lewat zaman Pleistosen, rusa dijumpai di selatan sejauh negeri-negeri Nevada dan Tennessee di Amerika Utara, dan sejauh selatan Sepanyol di Eropah.[14] Hari ini, kawanan rusa liar telah menghilang dari kawasan ini, terutamanya dari bahagian selatan sehingga ia langsung tidak dapat dijumpai. Populasi besar rusa kutub liar masih ditemui di Norway, Finland, Siberia, Greenland, Alaska, dan Kanada.

Pemangsa[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pemangsa mangsa banyak memburu rusa kutub, termasuk manusia yang memburu dengan berlebihan di beberapa lokasi sehingga menyumbang kepada penurunan populasi rusa ini. Helang emas memangsa anak rusa terutamanya di kawasan kawanan rusa membiak.[15] Wolverin akan mengambil anak-anak rusa yang baru lahir serta rusa dewasa yang lemah (meskipun ia kurang biasa). Bangkainya barangkali menjadi rebutan rubah, serta burung-burung helang dan raven.

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Daging rusa kutub lembut dan kurang lemak, dan ia sangat digemari di negara-negara Scandinavian. Bebola daging rusa ini dijual dalam tin, bahkan sosej dari daging ini turut dijual di pasaraya dan kedai runcit di Alaska dan Finland. Daging ini boleh disediakan secara segarnya, dikeringkan, diawet dengan garam mahupun disalai. Organ dalaman rusa kutub turut digunakan dalam ramuan masakan tradisional tertentu.[16] Malah, daging segar rusa ini yang dihasilkan dan dibungkus di Lapland Finland (Lapin Poron liha) dilindungi pengelasan PDO Eropah untuk tujuan perdagangan.[17][18]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan rusa sebagai kaedah pengangkutan biasa dalam kalangan orang-orang nomad utara Rusia (sepertimana di Skandinavia). Walaupun kereta luncur yang ditarik oleh 20 ekor rusa bergerak tidak lebih daripada 20-25 km sehari (berbanding 7-10 km dengan berjalan kaki mahupun kereta luncur anjing; 70–80 km sarat dengan kargo, 150-180 km tanpa kargo), kaedah pengangkutan ini lebih berkelebihan atas kebolehan rusa mencari makanannya sendiri berbanding dengan kawanan 5 hingga 7 ekor anjing kereta luncur yang memerlukan 10-14 kg ikan segar setiap hari.[19]

Pemburuan[sunting | sunting sumber]

Rusa kutub liar masih diburu di Greenland dan di Amerika Utara. Haiwan ini merupakan sumber makanan, pakaian, tempat tinggal dan alatan yang pentng dalam gaya hidup tradisional dari masyarakat Inuit, Bangsa-Bangsa Pertama di Kanada, Peribumi Alaska dan Kalaallit Greenland.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Banfield rejected this classification in 1961. However, Geist and others considered it valid.
  2. ^ The George River and Leaf River caribou herds are classified as woodland but are also migratory with tundra as their primary range
  3. ^ According to Inuit elder, Marie Kilunik of the Aivilingmiut, Canadian Inuit preferred the caribou skins from caribou taken in the late summer of fall when their coats had thickened. They used for winter clothing "because each hair is hollow and fills with air trapping heat."(Marie Kilunik, Aivilingmiut, Crnkovich 1990:116).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gunn, A. (2016). "Rangifer tarandus". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2016: e.T29742A22167140. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2016. Dicapai pada 24 Julai 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Russell, D.E.; Gunn, A. (20 November 2013). "Migratory Tundra Rangifer". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Tradition 'snatched away': Labrador Inuit struggle with caribou hunting ban". CBC News (dalam bahasa Inggeris). 29 Januari 2018. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  4. ^ Templat:MSW3 Grubb
  5. ^ Mattioli, S. (2011). Caribou (Rangifer tarandus). pp. 431–432 dalam: Handbook of the Mammals of the World. 2. Barcelona. ISBN 978-84-96553-77-4. Text "publisher" ignored (bantuan); Text "Lynx Edicions" ignored (bantuan)
  6. ^ New World Deer (Capriolinae). Answers.com
  7. ^ Reid, F. (2006). Mammals of North America. Peterson Field Guides. ISBN 978-0-395-93596-5
  8. ^ Bennett, John (1 June 2008), Uqalurait: An Oral History of Nunavut, McGill-Queen's Native and Northern Series, McGill-Queen's University Press, m/s. 116
  9. ^ Moote, I. (1955), "The thermal insulation of caribou pelts", Textile Research Journal, 25 (10): 832–837, doi:10.1177/004051755502501002 More than one of |DOI= dan |doi= specified (bantuan)CS1 maint: ref duplicates default (link)Lebih daripada satu |DOI= dan |doi= dinyatakan (bantuan)
  10. ^ Dugmore, Arthur Radclyffe (1913), The romance of the Newfoundland caribou, Philadelphia: Lippincott, m/s. 191, dicapai pada 2 November 2014CS1 maint: ref duplicates default (link)Lebih daripada satu |accessdate= dan |access-date= dinyatakan (bantuan)
  11. ^ Bergerud, A.T. (29 April 2014), Caribou, The Canadian Encyclopedia, diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2014, dicapai pada 3 September 2014 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref duplicates default (link)Lebih daripada satu |accessdate= dan |access-date= dinyatakan (bantuan)
  12. ^ "Caribou at Animal Corner". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Cameron, Raymond D. (1994-02-18). "Reproductive Pauses by Female Caribou". Journal of Mammalogy. 75 (1): 10–13. doi:10.2307/1382230. ISSN 0022-2372. JSTOR 1382230. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ Sommer R. S.; Nadachowski A. (2006). "Glacial refugia of mammals in Europe: evidence from fossil records". Mammal Rev. 36 (4): 251–265. doi:10.1111/j.1365-2907.2006.00093.x. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  15. ^ Walker, Matt. (20 October 2009) Eagles filmed hunting reindeer Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . BBC News. Retrieved on 16 September 2011.
  16. ^ Reindeer Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . Saunalahti.fi. Retrieved on 16 September 2011.
  17. ^ Lapland Reindeer meat protected in the EU Diarkibkan 2009-12-07 di Wayback Machine Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. . North Magazine (Accessed 19 July 2010)
  18. ^ European Commission PDO/PGI list Error in webarchive template: Check |url= value. Empty. (Accessed 19 July 2010)
  19. ^ Kerblay, Basile. Русская культура. Этнографические очерки [Russian Culture. Ethnographic notes]. Translated by Yaroslav Bogdanov. Saint Petersburg, Russia: Европейский дом, 2008. P. 149. (Referencing: Dolgikh, B.O. and Gurvich, I.S., eds. Преобразования в хозяйстве и культуре и этнические процессы у народов севера [Transformations of Economy and Culture and Ethnic Processes of the Peoples of the North]. Moscow: Nauka, 1970. P. 139)