SQL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Pertanyaan Berstruktur atau lebih dikenali sebagai SQL (disebut /ɛsk'juːˈɛl /)[1] (bahasa Inggeris: Structured Query Language) adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data berkait (relational database management system). SQL dijadikan standard piwaian oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Organization for Standardization (ISO).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Satu kertas kerja akedemik, A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks, oleh Dr. Edgar F. Codd, teleh diterbitkan pada Jun 1970 dalam jurnal Association for Computing Machinery (ACM), Communications of the ACM, walaupun lakaran mengenainya telah tersebar dalam IBM semenjak 1969.[2] model Codd semakin diterima sebagai model mutakhir bagi sistem pengurusan pangkalan data berkait relational (RDBMS atau RDMS).

Pada tahun 1970-an, kumpulan di pusat penyelidikan San Jose IBM membangunkan sistem pangkalan data "System R" berasaskan model Codd. Structured English Query Language ("SEQUEL") direka bagi mengolah dan mengambil data yang tersimpan dalam Sistem R. Ringkasan SEQUEL kemudian diringkaskan kepada SQL kerana perkataan 'SEQUEL' telah dipegang sebagai tanda dagang oleh syarikat kapal terbang Hawker Siddeley dari UK. Sungguhpun SQL dipengaruhi oleh hasil kerja Codd, Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce di IBM merupakan pengarang rekabentuk bahasa SEQUEL.[3] Konsep mereka diterbitkan bagi meningkatkan minat dalam SQL.

Pangkalan data berkait, bukan pangkalan data SQL, bukan laba, Ingres, dimajukan pada 1974 di U.C. Berkeley.

Pada tahun 1978, ujian terkawal bermula di tapak ujian pelanggan. Menunjukkan kelebihan dan kesesuaian guna sistem ini, ujian ini terbukti berjaya bagi IBM. Hasilnya, IBM mula membangunkan keluaran dagangan berasaskan prototaip System R yang melaksanakan SQL, termasuk System/38 (diperkenalkan pada 1978 dan terdapat secara dagang pada Ogos 1979), SQL/DS (diperkenalkan pada 1981), dan DB2 (pada 1983).[1]

Pada masa yang sama Relational Software, Inc. (kini Oracle Corporation) melihat potensi konsep yang digambarkan oleh Chamberlin dan Boyce dan memajukan RDBMS versi mereka sendiri bagi Navy, CIA dan yang lain. Pada musim panas 1979 Relational Software, Inc. memperkenalkan Oracle V2 (Versi 2) bagi komputer VAX sebagai penggunaan SQL yang terdapat secara dagang. Oracle sering kali salah dikatakan mendahului IBM ke pasaran lebih dari dua tahun, sedangkan mereka hanya mendahului System/38 IBM hanya selama beberapa minggu sahaja. Minat umum meningkat; dan banyak vendor lain mula membangunkan pelbagai versi, dan masa depan Oracle terjamin.

Piawaian[sunting | sunting sumber]

SQL kemudiannya diangkat sebagai piawaian oleh ANSI pada tahun 1986 dan ISO pada tahun 1987. Bagaimanapun, semenjak pembatalan program piawaian pengurusan data NIST pada tahun 1996 tidak terdapat pengesahan bagi pematuhan kepada piawaian SQL dengan itu vendor perlu mengesahkan diri sendiri.[4]

Piawaian SQL telah melalui beberapa revisi:

Tahun Nama Nama samaran Komen
1986 SQL-86 SQL-87 Mula diterbitkan oleh ANSI. Disahkan oleh ISO in 1987.
1989 SQL-89 Revisi kecil.
1992 SQL-92 SQL2 Revisi utama (ISO 9075).
1999 SQL:1999 SQL3 Menambah padanan biasa, pertanyaan rekursif, picu, jenis tidak-skalar dan sebahagian ciri-ciri berasaskan-objek. (Dua yang terakhir agak kontrovesi dan tidak disokong secara meluas.)
2003 SQL:2003   Introduced XML-related features, window functions, standardized sequences and columns with auto-generated values (including identity-columns).
2006 SQL:2006   ISO/IEC 9075-14:2006 menetapkan cara bagaimana SQL boleh digunakan bersama XML. Ia menetapkan cara mengimport dan menyimpan data XML dalam pangkalan data SQL, mengemaskini data dalam pangkalan data dan menerbitkan data SQL dan XML dalam bentuk XML. Tambahan lagi, ia memberi kemudahan yang membenarkan applikasi untuk menerap dalam kod SQL kegunaan XQuery, XML Query Language yang diterbitkan oleh World Wide Web Consortium (W3C), bagi capaian serentak dokumen XML dan data SQL biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chapple, Mike. "SQL Fundamentals" (HTML). About.com: Databases. About.com. Dicapai pada 2009-01-28.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-04-13.
  3. ^ Donald D. Chamberlin and Raymond F. Boyce, 1974. "SEQUEL: A structured English query language", International Conference on Management of Data, Proceedings of the 1974 ACM SIGFIDET (now SIGMOD) workshop on Data description, access and control, Ann Arbor, Michigan, pp. 249–264
  4. ^ Shelley Doll, 2002-06-19, Is SQL a standard anymore?, builder.com.com