Safi al-Din al-Urmawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salinan manuskrip Risalah al-Sharafiyah fi al-Nisab al-Ta'lifiyyah, satu daripada dua buku masyhur al-Urmawi, abad ke-16, Koleksi Adilnor Collection

Safiuddin al-Urmawi atau Safi al-Din al-Urmawi (Arab: صفی الدین الارموی) atau nama penuhnya, Safi al-Din Abd al-Mu'min ibn Yusuf ibn al-Fakhir al-Urmawi (lahir c. 1216 M di Urmia atau Baghdad, meninggal dunia 1294 M) ialah seorang ahli muzik dan ahli teori muzik terkenal.

Kitab al-Adwar karangan al-Urmawi ialah karya pertama yang masih wujud berkaitan teori saintifik muzik selepas karya Ibnu Sina, dan menjadi buku muzik yang popular dan amat berpengaruh buat berkurun-kurun lamanya. Tidak terdapat treatis muzik dalam bahasa Arab yang diterjemah, diulas dan diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Timur dan Barat selain daripadanya.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Safi al-Din Abd al-Muʾmin ibn Yusuf ibn Fakhir al-Urmawi al-Baghdadi, seorang pemuzik dan ahli teori muzik Zaman Pertengahan, dilahirkan pada lingkungan tahun 613 H/1216 M, berkemungkinan besar di bandar. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada 28 Ṣafar 693 H/28 Januari 1294 M, pada usia lebih kurang 80 tahun.[1]

Pada usia mudanya beliau menerima pendidikan dalam Bahasa Arab, kesusateraan, sejarah dan penulisan (teknik menulis, khat) di Baghdad. Beliau menempah nama sebagai seorang penulis khat terampil dan dilantik sebagai seorang penyalin di perpustakaan yang baru dibina khalifah Abasiyyah, Khalifah al-Musta'sim.

Selain itu beliau juga mempelajari Fiqah Mazhab Syafii dan Khilaf Fiqh (perundangan perbandingan mazhab)[1] di Madrasah Mustansiriyya yang dibuka pada tahun 631 H/1234 M). Ini melayakkan beliau menyandang jawatan dalam pentadbiran agama al-Musta'sim, dan selepas tahun 656 H/1258 M, menjadi ketua pasukan perinyu wakaf di Iraq sehinggalah diambil alih oleh Nasir al-Din Tusi pada tahun 665 H/1267 M.

Al-Urmawi terkenal sebagai ahli muzik dan pemain oud (lut). Kebolehannya bermain muzik membantunya semasa kejatuhan Baghdad dan beliau seterusnya menjadi perhatian Hulagu Khan, raja Mongol yang kagum dengan kebolehan al-Urmawi dan seterusnya menggandakan gajinya berbanding upah yang di bayar kerajaan Abasiyyah.

Kerjaya muzik al-Urmawi disokong oleh keluarga wazir Hulagu, Shams al-Din Muḥammad Juwaini dan anaknya Sharaf Din Harun (dihukum mati pada tahun 685 H/1285 M). Nasib al-Urmawi merudum selepas kematian penaung-penaungnya dan beliau menjadi fakir dan dilupakan. Beliau dipenjara kerana tidak membayar hutang sebanyak 300 dinar. beliau meninggal dunia di Madrasat al-Khalil Shafii di Baghdad.

Gubahan dan Teori muzik[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penggubah, al-Urmawi menumpukan perhatian kepada bentuk nyanyian ṣawt, qawl dan nubah. Beliau disebut sebagai pencipta dua alat muzik bertali, nuzha dan mughni, dalam kitab Parsi Kanz al-tuḥaf (abad ke-14 M).[2]

Karya al-Urmawi terpenting ialah dua buku tentang teori muzik yang ditulis dalam bahasa Arab, Kitab al-adwar dan Risalah al-Sharafiyyah fi al-nisab al-ta'lifiyyah.

Kitab al-Adwar ialah karya pertama yang masih kekal tentang teori saintifik muzik selepas karya Ibnu Sina.[1] Kitab ini memuatkan fakta penting tentang amalan dan teori muzik[1] seperti maklumat lut lima tali, pembahagian oktaf kepada 17 tingkat, nomenklatur dan definisi skala sistem Makam dan mod-mod Awaz.[1] Ia juga mengandungi pemerian tepat tentang meter (rentak), dan penggunaan huruf dan angka bagi notasi melodi. Ini merupakan kali pertama rentak dan notasi dilakukan dalam sejarah, dan membuat karya ini satu kerja yang unik dan berharga.[1] Kitab al-Adwar

Kitab al-Adwar menjadi buku tentang muzik yang popular dan amat berpengaruh buat berkurun-kurun lamanya. Tidak terdapat treatis muzik dalam bahasa Arab yang diterjemah, diulas dan diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Timur dan Barat selain daripadanya.[1] Ia menjadi mukhtasar (himpunan lengkap) ilmu muzik pada zamannya.

Buku kedua al-Urmawi, Risala al-Sharafiyyah, ditulis pada lingkungan tahun 665 H/1267 M.[1] Ia dipersembahkan kepada penaung dan murid al-Urmawi, Sharaf al-Din Harun Juwaini yang minat dengan kesusasteraan, seni dan sains. Al-Urmawi berkenalan dengan sarjana Muslim Nasir al-Din Tusi melalui penglibatannya dengan Sharaf al-Din. Nasir al-Din Tusi, yang meninggalkan treatis pendek berkaitan pembahagian jeda muzik yang terdapat dalam derap atau denyut muzik mungkin mempengaruhi minat al-Urmawi terhadap sains dan teori muzik Yunani.[1]

Kedua-dua kitab besar ini menjadi asas perbincangan akademik tentang muzik Arab, terutamanya karya-karya Owen Wright, seorang penggubah British.[3] [4] Commentaries on these theoretical works were written as early as the 1370s.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Neubauer, E. "Safī al- Dīn al- Urmawi." Encyclopaedia of Islam. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2007. Brill Online. <http://www.encislam.brill.nl/subscriber/entry?entry=islam_SIM-6447>
  2. ^ See H. G. Farmer, Studies in oriental musical instruments, First Series, London 1931.
  3. ^ 'Abd al-Qādir al-Marāghī and 'Alī b. Muḥammad Binā'ī: Two Fifteenth-Century Examples of Notation Part 2: Commentary, O. Wright, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, Vol. 58, No. 1. (1995), pp. 17-39. http://links.jstor.org/sici?sici=0041-977X%281995%2958%3A1%3C17%3A%27AAA%27B%3E2.0.CO%3B2-O
  4. ^ A Preliminary Version of the "kitāb al-Adwār," O. Wright,Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, Vol. 58, No. 3. (1995), pp. 455-478. http://links.jstor.org/sici?sici=0041-977X%281995%2958%3A3%3C455%3AAPVOT%22%3E2.0.CO%3B2-P
  5. ^ "Cultural Authority and Authenticity in the Turkish Repertoire," Walter Feldman, Asian Music, Vol. 22, No. 1. (Autumn, 1990 - Winter, 1991), pp. 73-111. http://links.jstor.org/sici?sici=0044-9202%28199023%2F199124%2922%3A1%3C73%3ACAAAIT%3E2.0.CO%3B2-V