Sallust

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gaius Sallustius Crispus, dikenali secara mudah sebagai Sallust, (86-34 SM) ialah seorang ahli sejarah Republik Rom.


Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Amiternum di negara Sabine kepada sebuah keluarga marhaen yang terkenal, Sallus menyertai perkhidmatan awam selepas membazirkan masa mudanya, dan dipilih sebagai tribun rakyat pada tahun 52 SM, iaitu tahun yang Clodius dibunuh oleh pengikut Milo dalam satu pergaduhan di tepi jalan. Sallust menentang Milo dan parti Pompey, serta juga golongan bangsawan Rom yang lama.

Sejak mula-mula lagi, Sallust merupakan penyokong Caesar yang tegas, dan terhutang kemajuan politiknya kepada beliau. Pada tahun 50 SM, beliau tersingkir dari Senat oleh penapis Appius Claudius Pulcher atas alasan ketakmoralan, tetapi alasan yang sebenarnya mungkin disebabkan oleh persahabatannya dengan Caesar. Pada tahun yang berikut, sudah tentunya melalui pengaruh Caesar, beliau dikembalikan jawatan dan dilantik sebagai kuestor.

Pada tahun 46 SM, Sallust menjadi pretor dan mengiringi Caesar dalam kempen Afrikanya yang bertamat dengan kemenangan muktamad terhadap sak-baki angkatan Pompey di Thapsus. Sebagai ganjaran untuk perkhidmatannya, Sallust dilantik sebagai gabenor wilayah Nova Afrika. Dalam tugas rasminya, beliau melakukan banyak kesalahan penindasan serta pemerasan, dan hanya pengaruh Caesar dapat membolehkannya mengelakkan pengutukan.

Ketika kepulangannya ke Rom, Sallust membeli dan membelanjakan banyak wang untuk menghiaskan kebun-kebun bunga di Bukit Quirinal yang dikenali sebagai Horti Sallustiani atau Kebun-kebun Bunga Sallust. Sallust bersara daripada perkhidmatan awam dan mengabdikan hidupnya pada kesusasteraan sejarah, serta kebun-kebun bunganya.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Akaunnya untuk pengkomplotan Catiline (De coniuratione Catilinae atau Bellum Catilinae) dan Perang Jugurthine (Bellum Jugurthinum) telah sampai ke kita dengan lengkap, bersama-sama dengan cebisan-cebisan untuk karyanya yang lebih besar dan yang terpenting, iaitu (Historiae), sebuah sejarah Rom dari 78-67 SM yang bertujuan sebagai lanjutan untuk karya Cornelius Sisenna.

Pengkomplotan Catiline[sunting | sunting sumber]

Pengkomplotan Catiline (karya terbitannya yang pertama) mengandungi sejarah untuk tahun 63 SM yang tidak dapat dilupakan. Sallust menerimagunakan pandangan yang biasa diterima terhadap Catiline, dan memerihalkannya sebagai musuh sengaja undang-undang, ketenteraman, dan kesusilaan, tetapi tidak memberikan penjelasan yang menyeluruh tentang pandangan dan tujuannya. Harus diingati bahawa Catiline telah menyokong parti Sulla yang ditentangi oleh Sallust. Mungkin terdapatnya kebenaran dalam cadangan Mommsen bahawa Sallust ingin membebaskan Caesar, penaungnya, daripada segala tuduhan terhadap keterlibatannya dalam pengkomplotan itu.

Dalam penulisannya tentang Pengkomplotan Catiline, nada, gaya, dan pemerihalannya terhadap tingkah laku golongan bangsawan menunjukkan bahawa Sallust amat risau terhadap kemerosotan moral Rom. Sedangkan beliau merungut dengan pahit tentang hidup Catiline yang tidak bermaruah serta perbuatan-perbuatan yang kejamnya, beliau tidak gagal menyatakan bahawa orang itu mempunyai banyak sifat yang mulia, malah semua sifat yang seorang Rom memerlukan untuk berjaya.

Perkara ini memberikan Sallust peluang untuk menayangkan retoriknya semasa mempersendakan golongan bangsawan lama Rom yang kemerosotan moral mereka, beliau menyeronokkan diri dengan penggambaran mereka dalam warna-warna yang paling gelap. Pada keseluruhannya, Sallust masih adil terhadap Cicero.

Perang Jugurthine[sunting | sunting sumber]

Dalam Perang Jugurthine, banyak orang berpendapat sekali lagi bahawa karya Sallust ini tidak memuaskan, walaupun karya ini merupakan sebuah monograf yang bernilai dan menarik. Kita boleh mengandaikan bahawa beliau telah mengumpulkan bahan-bahan untuk karya ini semasa kegabenorannya di Numidia. Di sini juga, Sallust banyak memperkatakan tentang kelemahan senat dan golongan bangsawan yang seringnya ditulis dalam mud yang menghujahkan soal moral dan falsafah dengan gaya yang amat membosankan, tetapi sebagai sejarah tentera, karya ini tidaklah memuaskan dari segi perincian geografi dan kronologi.

Karya lain[sunting | sunting sumber]

Cebisan-cebisan Sejarah-sejarah yang masih wujud (sesetengah ditemui pada tahun 1886) adalah cukup untuk menggambarkan pemihak politik ini yang amat suka memerihalkan reaksi terhadap dasar dan undang-undang diktator selepas kematiannya. Kehilangan karya ini amat dikesali kerana karya ini dapat memberikan banyak keterangan tentang tempoh itu yang penuh peristiwa, termasuk perang dengan Sertorius, kempen-kempen Lucullus terhadap Mithradates VI of Pontus, serta kemenangan-kemenangan Pompey di Timur.

Dua pucuk surat, satu mengenai nasihat politik yang dialamatkan kepada Caesar (Duae epistolae de republica ordinanda), dan satu lagi mengenai bidasan terhadap Cicero (Invectiva or Declamatio in Ciceronem), seringnya dikatakan ditulis oleh Sallust, tetapi mungkin merupakan karya seorang retorik abad pertama yang juga menulis caci maki balas oleh Cicero.

Kepentingan Sallust[sunting | sunting sumber]

Pada keseluruhannya, pendapat zaman purba adalah positif terhadap Sallust sebagai seorang ahli sejarah. Sallust telah dipuji oleh Tacitus (Catatan Tahunan, iii. 30), dan Quintilian (ii. 5, x. i), yang menganggapnya lebih baik daripada Livy, dan tidak teragak-agak menyamakannya dengan Thucydides.

Berbanding dengan pendahulu-pendahulunya yang cuma merupakan pembabad-pembabad yang membosankan, Sallust membentukkan satu gaya kesusasteraan untuk dirinya yang menerangkan perkaitan serta maksud peristiwa-peristiwa, dan berjaya menggambarkan peribadi watak-wataknya. Perbezaan antara kehidupan awal Sallust dengan nada moral tinggi yang diterimagunakan dalam penulisannya sering dijadikan perkara teguran terhadapnya, tetapi tidak terdapatnya sebarang alasan mengapa beliau tidak boleh berubah.

Bagaimanapun, pengetahuan Sallust terhadap kelemahan-kelemahan sendiri yang dahulu mungkin menyebabkannya mengambil sudut pandangan yang pesimistik terhadap kemoralan rakan-rakan senegerinya, dan untuk menilaikan mereka dengan keras. Beliau mencontohi Thucydides, dan menirunya dari segi kejujuran dan sifat tidak berat sebelah, penfalsafahan bayangan dan ucapan, serta keringkasan gaya, sehingga karya-karyanya kekadang terselindung. Kesukaannya terhadap perkataan dan frasa lama yang beliau meniru daripada Cato Lebih Muda, penulis sezamannya, telah diejek sebagai kepura-puraan. Bagaimanapun, adalah hanya disebabkan kepura-puraan ini serta tokok tambah retoriknya bahawa Sallust dapat menjadi pengarang terpilih pada abad ke-2 dan selepasnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)