Sapeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sape
Tampak hadapan, sebelah dan belakang Sape.
Tampak hadapan, sebelah dan belakang Sape.
Tampak hadapan, sebelah dan belakang Sape.
Alat tali
Pengelasanalatan bertali
Pengelasan Hornbostel-Sachs
(Composite kordofon)
DibangunkanBorneo: Sarawak (Malaysia) sebagai pengeluar album sape terbanyak di dunia dan Kalimantan (Indonesia).
Alat muzik berkaitan

Sapeh, sape', sampe' (juga: sampek) atau sambe' (juga: sambek)[1] merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon yang berasal daripada kaum Orang Ulu terutamanya suku-suku Kenyah dan Kayan di Sarawak. Hal ini terbukti dengan kehadiran pemain sape' lagenda yang digelar Masters of the Sarawakian Sape' ialah Tusau Padan, seorang Kenyah dari Malaysia yang telah memperkenalkan sape' kepada masyarakat Sarawak dan antarabangsa. Berbentuk macam gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Badan sapeh biasanya diperbuat daripada satu batang pokok, dengan banyak alatan moden mencecah sehingga sepanjang satu meter. Di permukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Asal usul sape dipercayai bervariasi daripada Belikan daripada kaum Iban dan bunyinya hampir sama.

Pada awalnya sape merupakan alat muzik yang agak terhad dengan hanya dua tali dan hanya tiga fret. Kegunaannya terhad kepada muzik bentuk tradisi bagi memulakan keadaan bersawai. Pada abad ini, sape perlahan-lahan menjadi alat sosial bagi mengiring tarian atau sebagai bentuk hiburan. Masa kini, alatan bertali tiga, empat atau lima digunakan, dengan julat lebih dari tiga oktaf.

Dua orang memainkan Sape eletrik.

Secara teknikal, sape ialah alat yang agak mudah, dengan satu tali membawa melodi dan tali lain sebagai ulangan muzik. Dalam amalan, muziknya agak susah dengan banyak variasi dan hiasan. Terdapat dua mod biasa, satu bagi tarian majat lelaki dan satu lagi bagi tarian wanita. Terdapat juga mod ketiga yang jarang digunakan. Muzik Sape biasanya datang melalui mimpi dan terdapat 35 jenis tradisi dengan banyak variasi. Keseluruhan rspisotori perlahan-lahan meningkat.Sapeh kini juga telah kerap diguna pakai dalam pelbagai lagu terutama sekali lagu yang bertajukkan Irama Malaysia.Sapeh juga telah tersebar ke seluruh semenanjung Malaysia dan kini alat muzik tradisi ini juga telah diberikan pendedahan secara perdetail di pelbagai sekolah.

Sape masih dihasilkan di Borneo, dan ciptaan moden macam sape eletrik adalah biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Sapeh.htm