Sejarah Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.

Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.

Gerakan republik dan antimonarki telah menghalau keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Berikat selepas Perang Dunia Kedua kerana menyokong Kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.

Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.

Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.