Serangan Jerman terhadap Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Negara Belanda (Belanda: Slag om Nederland) ialah sebahagian daripada Kes Kuning (Jerman: Fall Gelb), yakni serangan Jerman terhadap Negeri-Negeri Pamah (Belgium, Luxembourg, dan Belanda) dan Perancis sewaktu Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini berlangsung dari 10 Mei 1940 sehingga penyerahan kalah angkatan Belanda pada 14 Mei. Tentera Belanda di wilayah Zealand meneruskan tentangan terhadap Wehrmacht (tentera darat) Jerman sehingga 17 Mei, tarikh penaklukan seluruh negara Belanda oleh Jerman selesai.

Pertempuran Negara Belanda memperlihatkan penggunaan besar-besaran pertama tentera paracut bagi menduduki sasaran-sasaran penting sebelum ketibaan angkatan darat di kawasan sasaran. Luftwaffe (tentera udara) Jerman menggunakan pasukan paracut untuk menawan beberapa padang terbang di negara Belanda dan di beberapa kota penting seperti Rotterdam dan The Hague agar dapat menakluk negara dan menghalang tentera Belanda daripada bertindak balas.

Pertempuran berakhir tidak lama selepas Rotterdam Blitz (pengeboman Rotterdam) oleh Luftwaffe Jerman dan ancaman Jerman untuk mengebom bandar-bandar besar Belanda yang lain sekiranya pasukan Belanda enggan menyerah kalah. Staf Am Belanda tahu bahawa mereka tidak dapat menghalang pesawat pengebom Jerman dan seterusnya menyerah kalah demi menyelamatkan bandar-bandar lain daripada pengeboman Jerman. Negara Belanda kekal di bawah penaklukan Jerman sehingga tahun 1945, apabila wilayah Belanda tertakluk terakhir dapat dibebaskan daripada penaklukan Jerman.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Amersfoort, Herman; Kamphuis, Piet, penyunting (2005), Mei 1940 — De Strijd op Nederlands grondgebied (dalam bahasa Dutch), Den Haag: Sdu Uitgevers, ISBN 90-12-08959-XCS1 maint: unrecognized language (link)
  • Schulten, C.M.; Theil, J. (1979), Nederlandse Pantservoertuigen (dalam bahasa Dutch), Bussum: Unieboek BV, ISBN 90-269-4555-8CS1 maint: unrecognized language (link)
  • C.W. Star Busmann. Partworks and Encyclopedia of World War II
  • De Jong, Lou (1969), Het Koninkrijk der Nederlanden in de Tweede Wereldoorlog, Deel 1: Voorpel (dalam bahasa Dutch), Amsterdam: Rijksinstituut voor OorlogsdocumentatieCS1 maint: unrecognized language (link)
  • De Jong, Lou (1969), Het Koninkrijk der Nederlanden in de Tweede Wereldoorlog, Deel 2: Neutraal (dalam bahasa Dutch), Amsterdam: Rijksinstituut voor OorlogsdocumentatieCS1 maint: unrecognized language (link)
  • De Jong, Lou (1970), Het Koninkrijk der Nederlanden in de Tweede Wereldoorlog, Deel 3: Mei '40 (dalam bahasa Dutch), Amsterdam: Rijksinstituut voor OorlogsdocumentatieCS1 maint: unrecognized language (link)
  • Hooton, E.R. Phoenix Triumphant: The Rise and Rise of the Luftwaffe. Brockhampton Press, 1994. ISBN 1-86019-964-X.
  • Hooton, E. R. (2007), Luftwaffe at War, Volume 2; Blitzkrieg in the West 1939–1940, London: Chervron/Ian Allen, ISBN 978-1-85780-272-6
  • Jentz, Thomas L. (1998), Die deutsche Panzertruppe 1933–1942 — Band 1 (dalam bahasa German), Wölfersheim-Berstadt: Podzun-Pallas-Verlag, ISBN 3-7909-0623-9CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Frieser, Karl-Heinz (2005), Blitzkrieg-Legende — Der Westfeldzug 1940 (dalam bahasa German), R. Oldenbourg Verlag MünchenCS1 maint: unrecognized language (link)
  • Shirer, William L. (1960), The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany, New York: Simon & Schuster
  • Powaski, Ronald E. (2003). Lightning War: Blitzkrieg in the West, 1940. John Wiley. ISBN 9780471394310.
  • Powaski, Ronald E. (2008). Lightning War: Blitzkrieg in the West, 1940. Book Sales, Inc. ISBN 9780785820970.
  • Goossens, Allert M.A. (2011) History Site "War Over Holland – the Dutch struggle May 1940"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]