Sharifah Amani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Amani
Amani mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2014
Kelahiran
Sharifah Amani binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya

(1986-06-10) 10 Jun 1986 (umur 37)
Nama lainNani
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara
Tahun aktif1992–kini
PasanganAhmed Faris Amir (k. 2022)
IbuFatimah Abu Bakar
BapaSyed Zainal Rashid bin Syed Zainal Abidin Al-Yahya
Saudara

Sharifah Amani binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya (lahir 10 Jun 1986) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Amani memulakan kerjaya lakonan pada 1992 menerusi watak sebagai kanak-kanak Palestin dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba. Kejayaan beliau hadir menerusi filem Sepet yang memperoleh beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-18.

Watak lakonan Amani sebagai Orked dalam filem Gubra telah melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19. Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem pendek bertajuk Sangkar yang dikeluarkan pada 2010. Amani telah berlakon dalam beberapa filem terkenal termasuk Gol & Gincu (2005), Puaka Tebing Biru (2007), Selamat Pagi Cinta (2008), Magika (2010), dan Terbaik dari Langit (2014). Antara drama lakonannya ialah Emil Emilda (2007), Sindarela (2008) dan Tiramisu (2010).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kedua dari empat beradik yang kesemuanya perempuan, kepada pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar. Adik-beradiknya termasuk kakaknya, Sharifah Aleya dan dua adiknya ialah Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha[1] Amani, lebih mesra dengan panggilan Nani berketurunan Arab, Cina, dan Benggali[2] serta fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Sebagai penulis remaja untuk ruangan YouthQuake New Straits Times, Amani membuat liputan tugasan untuk sidang media Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, konsert oleh bintang Bollywood, Deep Purple dan Anugerah IIFA ketiga di Genting Highlands. Beliau juga aktif dalam teater, telah berlakon sebagai Ophelia dalam teater Hamlet (2005) di The Actor's Studio, arahan Faridah Merican.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 10 September 2022, beliau sah bergelar isteri dengan lelaki pilihannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated, Ahmed Faris Amir. Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid bin Syed Zainal Abidin Al-Yahya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Beliau terkenal dengan memegang watak Orked dalam trilogi Orked Yasmin Ahmad. Dua filem pertama ialah Sepet dan Gubra. Di dalam siri terkini, Mukhsin, Amani memegang watak versi dewasa Orked yang "bertemu" dirinya sendiri berusia 10 tahun (dilakonkan oleh adik bongsunya, Sharifah Aryana).[4] Beliau sebelum ini memegang peranan pembantu sebagai remaja mangsa deraan seksual dalam filem Gol & Gincu.

Beliau berlakon dalam filem, Cinta arahan Kabir Bhatia, di mana beliau merupakan salah satu daripada sepuluh pelakon memegang watak 5 pasangan yang berbeza menggambarkan situasi yang berbeza berdasarkan tema cinta dan hubungan. Ibunya berlakon bersamanya dalam filem ini.[5] Dalam filem seram Malaysia Kantonis, Possessed, beliau memainkan peranan pembantu sebagai Fara, pembantu dan kawan rapat seorang gadis Cina, Lisu, yang berhijrah ke Malaysia untuk memulakan kerjaya sebagai penyanyi. Malangnya, Lisu dibunuh secara kejam dan Fara, sebagai satu-satunya saksi pembunuhan itu, menjadi gila dan komited terhadap suaka mental.[3]

Beliau merupakan pelakon utama filem Muallaf, yang mana beliau berlakon bersama Sharifah Aleysha, seorang lagi adiknya. Filem ini juga diarahkan oleh Yasmin Ahmad.[6] Untuk memenuhi peranannya dalam filem itu, beliau mencukur kepalanya kerana di salah satu adegan dalam filem kepala wataknya dicukur oleh bapa kerana terlalu 'liar'.[7]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Berikutan kejayaan Gol & Gincu[8] dalam peranan pembantunya sebagai remaja yang didera secara seksual, beliau menjayakan peranan ini kemudian dalam beberapa penampilan tamu dalam siri TV berdasarkan filem (Gol & Gincu The Series), yang disiarkan pada 2006 di 8TV. Pada tahun yang sama, beliau juga menjadi pengacara TV (ditaja oleh Revlon Silky Girl) di ntv7 bersama kakaknya, Sharifah Aleya.

Pada Mac 2007, TV3 menyiarkan drama Emil Emilda di slot Samarinda, Amani memegang watak sebagai Emilda,[9] seorang pegawai pemfailan yang bekerja di sebuah stesen TV, di mana beliau menarik perhatian CEO kerana sifatnya yang gigih dan semangat untuk industri penyiaran. Ketua Pegawai Eksekutif mendapati anaknya yang sudah lama hilang, Emil/Boboi yang telah hilang setelah kemalangan kereta 20 tahun lalu telah kelihatan. Dalam perjalanan untuk menindaklanjuti maklumat mengenai anaknya, dia meninggal apabila helikopter peribadinya terhempas. Ia kemudiannya mendedahkan dalam wasiatnya bahawa dia telah memilih Emilda sebagai pengganti sementara sebagai CEO sehingga anaknya boleh menjadi ahli warisnya.

Sebelum popular dengan filem Sepet, Amani terlebih dahulu menghiasi kaca televisyen sebagai pengacara TV. Beliau mengacarakan program Salaam Bollywood pada tahun 2004 dan 2005.

Beliau juga menjadi pengacara di dalam rancangan muzikal, Latido di TV9 pada tahun 2006 hingga 2007. Sebelum itu pada tahun 2005, beliau bergandingan bersama kakaknya, Aleya mengacarakan program talk-show Selamba Serius.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Amani pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita menerusi Sepet pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18). Amani atau lebih mesra sebagai Nani dinobatkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Gubra. Sepet dan Gubra adalah arahan Yasmin Ahmad. Pada majlis ini juga tercetusnya kata-kata "It sound stupid when I speak in Malay" ketika beliau hendak memberi ucapan setelah memenangi anugerah ini. 'Publicity Stunt' ini mendapat liputan yang meluas sehingga mengundang komen-komen orang-orang kenamaan tertutamanya Menteri Kebudayaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim sehingga menggelarkan dirinya kurang ajar. Namun, selang beberapa hari selepas insidennya itu, Sharifah Amani telah memohon maaf terhadap ketelanjuran kata-katanya. Namun, disebalik kontroversi tersebut beliau sebenarnya mencipta rekod sebagai pemenang termuda untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) kerana memenanginya ketika berusia 20 tahun, menewaskan rekod Erma Fatima (22 Tahun).[10]

Pada tahun 2007, sekali lagi nama Amani mencetuskan kontroversi. Kali ini beliau dikecam apabila mengambil keputusan untuk membotakkan kepala bagi menenuhi tuntutan watak Rohani dalam filem Muallaf arahan Yasmin. Menerusi filem tersebut, Rohani digambarkan menjadi mangsa penderaan bapanya yang pemabuk dan mencukur rambut Rohani sehingga luka. Pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam turut menegur keputusan Amani untuk melakonkan babak itu. Menerusi peranannya dalam Muallaf, beliau dicalonkan di beberapa festival antarabangsa termasuk Festival Filem Asia Pasific untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tetapi filem itu tidak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia.

Tahun 2010 ketika berlangsungnya acara Anugerah Skrin 2010 pada 24 Disember, Menerusi filem Muallaf, Amani menerima anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang mana ketika naik ke pentas menerima anugerah, penyampai anugerah Seniman Aziz Sattar, aktres Erra Fazira dan Eja bergurau mengenai pakaian artis yang menjolok mata. Amani ketika itu menggayakan gaun malam fesyen kemban berwarna putih dan kainnya belah paras lutut. Keesokkan harinya, di dada dada akhbar Rais Yatim mengegur cara berpakaian setiap artis yang hadir. Sehubungan dengan itu Kumpulan Media Prima Berhad digesa supaya membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi. Biarpun bukan Amani seorang yang berpakaian seksi, namun nama beliau tetap terpalit kontroversi.

Namun dalam acara tersebut Amani muncul cemerlang apabila dua buah produksi lakonannya iaitu filem Muallaf dan drama TV Antara Garisan meraih anugerah Filem Terbaik dan Drama Terbaik. Amani berucap ketika mewakili produksi Muallaf menyeru penggiat seni dan peminat agar menghargai insan seni yang masih aktif berkarya semasa hayat masih ada. Beliau berkata demikian untuk merujuk kepada penghargaan yang diterima oleh pengarah filem Yasmin Ahmad setelah kematiannya.

Ia telah dihebahkan oleh media bahawa Amani dikatakan enggan hadir ke Festival Filem Malaysia ke-30 pada 30 Mac 2019. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diamnilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[11]

Pencapaian cemerlang[sunting | sunting sumber]

Seiring dengan populariti dan bakatnya, Amani sudahpun 5 kali tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dimana beliau telah menenanginya sekali, menerusi filem Gubra. Amani juga dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 2005, 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2009, Amani mengorak langkah apabila menceburkan diri di belakang tabir. Beliau menjadi Penolong Pengarah untuk filem Talentime dan juga Penolong Pengarah Lagak Ngeri untuk filem Merong Mahawangsa. Beliau juga kini sedang mengembangkan sayap ke United Kingdom apabila dilamar pihak pengurusan bakat di sana.

Pada tahun 2010 ketika berlangsungnya Festival Filem Asia Pasifik ke 54, Amani telah dicalonkan untuk kategori Aktres Terbaik menerusi filem Muallaf namun tewas kepada aktres veteran Filipina, Anita Linda. Amani merupakan aktres Malaysia termuda yang pernah dicalonkan untuk kategori tersebut sebaris dengan bekas pemenang seperti Tiara Jacquelina dan Maya Karin serta aktres-aktres yang pernah dicalonkan dalam anugerah tersebut seperti Zaiton, Saadiah Baharom, Azean Irdawaty, Rubiah Suparman, Michelle Yeoh, Vanidah Imran, Lee Sinje, Umie Aida dan Janet Khoo.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Selubung Kanak-kanak Palestin Filem pertama
2005 Sepet Orked
Gol & Gincu Najihah Hafizam aka Jiji
2006 Gubra Orked
Cinta Arianna
Possessed Fara
2007 Puaka Tebing Biru Atilia
Mukhsin Orked dewasa Penampilan khas
1957: Hati Malaya Ani/Aishah
2008 Punggok Rindukan Bulan Riza
Selamat Pagi Cinta Suci
Muallaf Rohani
Cicakman 2 - Planet Hitam Iman
2009 Sayang You Can Dance Mia
15Malaysia - (Episod: Chocolate) Filem pendek
Talentime  – Penolong Pengarah
2010 Magika Bawang Putih
Sangkar Pengarah, filem pendek
2011 Appalam Siti Filem Tamil
Hunters
Hikayat Merong Mahawangsa Penolong Pengarah Lagak Ngeri
2012 Pontianak vs Orang Minyak Maria Ogawa
2013 Kolumpo Siti Nur Hayy
Hawa Pengarah, filem pendek antologi Ikal Mayang
PSIKO: Pencuri Hati Wani
2014 Terbaik dari Langit Sara
2015 Redemption Night Ryn
Gangsterock Kasi Sengat Nian
2016 Pekak Dara
Pigeon[12] Yasmin
2017 KL 24: Zombies Filem bebas
Sindiket Aminah
Mencari Rahmat Ratna
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Najihah Hafizam aka Jiji
2019 Motif Inspektor Dewi
2020 Prebet Sapu Penumpang Wanita 1
2021 Zombitopia Maya
2023 La Luna Hanie Abdullah
2024 SyurgaKu Sofea Filem pendek
TBA Sekolahaha Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006–2007 Gol & Gincu The Series Najihah Hafizam 8TV
2007 Emil Emilda Emilda TV3
2008 Sindarela Zoela
2008–2009 Rona Roni Makaroni Rona Astro Ria
2010 Dalil Cinta Nisa TV3
Tiramisu Melur
2011 Cita & Cinta Zalia TV9
2012 Pulau Yana
2015 Ajaibnya Cinta Hammara TV3
2016 Cinta 100kg Wati
2019 Kopitiam: Double Shot Alia Viu
2022 Murder By Moonlight Bella Astro Citra
2023 From Saga With Love Fadhila Viu
2024 I.D. Roks Astro Premier

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Antara Garisan Weeda Astro Prima
2010 Karma Salina Tia TV3
2011 Kashaf Imani Imani Astro Prima
La Ikro Hafiddin Nurlisa
2012 Fatihah Untuk Abah Fatihah TV3
Pelarian Miza
2013 Lembut Bukan Lelaki Lembut Astro Ria
Diari Ariana Ariana TV2
Aku Bukan Malaikat
Kopi dan Dia Hanis
2014 Nostalgila Zett Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kasih (Bahagian 2) Siput Sarawak
2015 Melur vs Rajawali Hannah TV1
2016 Fatin Fatin TV3
2017 Selamat Tinggal Aidilfitri Dhia Astro Prima
Kembalikan Syawalku Jururawat Astro Citra
Ti Amo Venezia Nadia
2018 Cikgu A+ Cikgu Zeti TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2003-2004 Salam Bollywood Pengacara Astro Ria
2005-2006 Selamba Serius Pengacara TV3
2006–2007 Latido Pengacara TV9
2011–2012 Oh Yeah! Pelbagai Astro Warna

Siniar[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2020 Lepak Seni Pengacara bersama bersama Shamaine Othman
Kopi Konversations Artis undangan Episod: "Sharifah Amani, Filem Malaysia, Budaya dan Segala-galanya"
Ruang Bertamu Episod: "Bertindak Di Malaysia" / "Hasrat untuk Bertindak" bersama Amerul Affendi dan Nadiya Nisaa
2021 Cer Teka? Artis Jemputan Bersama Dynas Mokhtar
2023 Studio Sembang Artis Jemputan Bersama Amelia Henderson

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
2010 Silky Girl
2021 Digi

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2005 Hamlet

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Wanita Terbaik Sepet Tercalon
Pelakon Harapan Wanita Menang
Anugerah Skrin 2005 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Sepet Tercalon
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Wanita Terbaik Gubra Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Wanita Terbaik Cinta Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Wanita Terbaik Sayang, You Can Dance Tercalon
2010 Anugerah Skrin 2010 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Muallaf Menang
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dalil Cinta Tercalon
Festival Filem Asia Pasifik ke-54 Pelakon Wanita Terbaik Muallaf Tercalon
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Wanita Terbaik Psiko: Pencuri Hati Tercalon
Anugerah Skrin 2014 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Psiko: Pencuri Hati Menang
2016 Anugerah Skrin 2016 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Fatin Tercalon
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Wanita Terbaik Pekak Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Gol & Gincu Vol. 2 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tan, Emily (22 May 2006). "The Secret Life of Sharifah Amani". Sun2Surf.com. Dicapai pada 24 August 2007.
  2. ^ Abdullah, Jamiliah (10 July 2005). "Aleya bintang semakin berkilau". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 August 2007.
  3. ^ a b Possessed Official site: Cast & crew
  4. ^ Blog article @ wordpress.com
  5. ^ Cinta @ Yahoo! Malaysia movies
  6. ^ New Straits Time article (not available as of 24 August 2007)
  7. ^ Berita Harian article (not available as of 24 August 2007)
  8. ^ Gol & Gincu official website
  9. ^ Blog entries @ blogspot.com
  10. ^ "Kenapa saya berucap bahasa Inggeris". Utusan Online. 15 August 2006. Dicapai pada 2016-06-14.
  11. ^ "FFM30 gemilang, namun Sharifah Amani enggan hadir kerana..." Astro Awani. 30 Mac 2019. Dicapai pada 31 Mac 2019.
  12. ^ Kho, Gordon (26 October 2016). "Actress Sharifah Amani's love affair with Japan continues". Star2.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 November 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]