Singapura dalam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negeri Singapura
State of Singapore (bahasa Inggeris)
新加坡州 (Cina)
சிங்கப்பூர் மாநிலம் (Tamil)
1963–1965
Jata Singapura
Bendera Jata
Cogan kataMajulah Singapura
Lagu kebangsaanNegaraku

Lagu Negeri: Majulah Singapura
Jalan South Bridge, Bandaraya Singapura, Malaysia pada Februari 1965
StatusNegeri di Malaysia
Ibu negaraBandaraya Singapura
Bahasa rasmiMelayu[1], Inggeris, Mandarin, Tamil
Agama
Buddha
Kristian
Islam[2]
Tao
Hindu
Agama rakyat Cina
KerajaanNegeri dalam sebuah negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan
Raja 
• 1963–1965
Tuanku Syed Putra[3]
Gabenor[4] 
• 1963–1965
Yusof Ishak
Perdana Menteri 
• 1963–1965
Lee Kuan Yew
Badan perundanganDewan Undangan
Era SejarahKonfrontasi, Perang Dingin
16 September 1963
9 Ogos 1965
Keluasan
1964[1]670 km2 (260 bt2)
Penduduk
• 1964[1]
1,841,600
Mata wangDolar Malaya dan Borneo British
Zon waktuUTC+07:30 (Waktu Piawai Malaya)
Format tarikhdd-mm-yyyy
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+60 02[5]
Didahului oleh
Diganti oleh
Tanah Jajahan Singapura
Singapura
Sekarang sebahagian dari Singapura
Catatan
  1.  Juga bahasa rasmi Persekutuan mengikut perlembagaannya.
  2.  Agama negara Persekutuan.
  3.  Raja Perlis. Lihat juga Raja-raja Melayu.
  4.  Wakil Raja.
  5.  Kod panggilan bertukar kepada +65 selepas kemerdekaan. Walau bagaimanapun, kod capaian dalam negeri dari Malaysia kekal digunakan sehingga 1 Julai 2017.

Singapura, secara rasminya Negeri Singapura, pernah merupakan salah satu daripada 14 negeri Malaysia dari tahun 1963 hingga tahun 1965. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 hasil penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan beberapa bekas tanah jajahan British iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Hal ini menandakan berakhirnya tempoh 144 tahun pemerintahan British di Singapura, bermula dengan penubuhan Singapura moden oleh Tuan Stamford Raffles pada tahun 1819.[2] Ketika penggabungannya dengan Malaysia, Singapura merupakan negeri yang paling kecil dalam negara mengikut keluasan tanah, tetapi yang paling besar mengikut bilangan penduduk.

Walau bagaimanapun, kesatuan itu tidak stabil kerana kesangsian dan perbezaan ideologi antara pemimpin-pemimpin Negeri Singapura dan kerajaan persekutuan Malaysia. Mereka kerap bercanggah pendapat tentang dasar kewangan, politik dan perkauman. Singapura terus menghadapi sekatan perdagangan yang ketara meskipun dijanjikan pasaran bersama dengan sebahagian besar hasil cukai sebagai balasan, dan membalas dengan menahan pinjaman wang kepada Sabah dan Sarawak. Dalam arena politik, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO/PEKEMBAR) yang berdasarkan kaum Melayu dan Parti Tindakan Rakyat (PAP/PETIR) yang berpusat di Singapura memasuki arena politik sesama sendiri, walaupun sebelum ini berjanji untuk tidak berbuat demikian. Hal-hal tersebut mengakibatkan rusuhan kaum besar di Singapura pada tahun 1964, sekurang-kurangnya sebahagiannya disebabkan oleh hasutan UMNO dan surat khabar berbahasa Melayu miliknya Utusan Melayu untuk tindakan afirmatif untuk Orang Melayu di Singapura.[3]

Hal-hal ini berkesudahan dengan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, dan pada 9 Ogos 1965, Singapura menjadi sebuah negara merdeka.

Permulaan kepada penggabungan[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli politik Singapura, bermula dengan David Marshall pada tahun 1955, berulang kali memujuk Tunku Abdul Rahman agar Singapura diggabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu, namun semua pujukan mereka ditolak mentah-mentah. Pertimbangan julung Tunku adalah keperluan untuk mengekalkan keseimbangan kaum dalam Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan UMNO dalam Parti Perikatan dan penguasaan politik Orang Melayu. Kemasukan Singapura dengan bilangan penduduk Cina yang besar akan menyebabkan bilangan Orang Cina (3.6 Juta orang) melebihi 3.4 juta Orang Melayu dalam kesatuan baharu itu, sekali gus meletakkannya dalam keadaan bahaya.

Ketegangan Kaum[sunting | sunting sumber]

Ketegangan kaum meningkat secara mendadak dalam masa setahun. Mereka didorong oleh taktik Barisan Sosialis untuk merangsang sentimen perkauman kerana parti pro-Komunis itu berusaha menggunakan cara untuk bertahan terhadap tindakan keras oleh kedua-dua kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan. Khususnya, walaupun kerajaan Malaysia meluluskan kewarganegaraan kepada banyak pendatang Cina selepas kemerdekaan, di Singapura orang Cina menghina dasar-dasar tindakan afirmatif Persekutuan, yang memberikan keistimewaan istimewa kepada orang Melayu yang dijamin di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Ini termasuk manfaat kewangan dan ekonomi yang secara istimewa diberikan kepada orang Melayu dan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi, walaupun umat bukan Islam mengekalkan kebebasan berugama.

Orang Melayu dan umat Islam di Singapura dihasut oleh Kerajaan Persekutuan dengan tuduhan bahawa PAP menganiaya masyarakat Melayu. Banyak rusuhan kaum berlaku, dan perintah berkurung kerap kali dikenakan untuk memulihkan ketenteraman. Situasi politik luar juga tegang pada masa itu, dengan Indonesia secara aktif menentang penubuhan Persekutuan Malaysia. Presiden Sukarno mengisytiharkan Konfrontasi terhadap Malaysia dan memulakan tindakan ketenteraan terhadap negara baru itu, termasuk pengeboman Rumah MacDonald di Singapura pada bulan Mac 1965 oleh komando Indonesia yang mengorbankan tiga orang. Indonesia juga melakukan kegiatan menghasut untuk memprovokasi kaum Melayu terhadap kaum Cina.[4]

Salah satu rusuhan terkenal ialah rusuhan kaum tahun 1964 yang berlaku pada hari keputeraan Nabi Muhammad pada 21 Julai, berhampiran dengan Kallang Gasworks; seramai 23 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Lebih banyak rusuhan berlaku pada bulan September 1964. Harga makanan merosot apabila sistem pengangkutan terganggu sepanjang tempoh pergolakan ini, menyebabkan penderitaan berpanjangan. Singapura kemudian menetapkan tarikh 21 Julai setiap tahun sebagai Hari Keharmonian Antara Kaum.

Ketidaksetujuan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Persekutuan , yang dikuasai oleh Parti Perikatan dan dipimpin oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), bimbang bahawa selagi Singapura kekal di dalam Persekutuan, dasar tindakan afirmatif bumiputera untuk orang Melayu dan penduduk pribumi akan terjejas dan oleh itu bertentangan dengan agenda menangani kesenjangan ekonomi antara kumpulan perkauman. Salah satu kebimbangan utama ialah PAP terus mengabaikan perbezaan ini dalam laungan mereka untuk "Malaysian Malaysia" – satu keadilan bagi semua kaum di Malaysia oleh kerajaan yang sepatutnya menjadi warganegara Malaysia tanpa mengambil kira keadaan ekonomi mana-mana kaum tertentu. Satu lagi penyumbang adalah ketakutan bahawa dominasi ekonomi pelabuhan Singapura pasti akan mengalihkan kuasa politik dari Kuala Lumpur pada masa hadapan, sekiranya Singapura kekal di dalam Persekutuan.

Kerajaan negeri dan persekutuan juga mempunyai perselisihan dalam ekonomi. Walaupun perjanjian awal untuk mewujudkan pasaran tunggal, Singapura terus menghadapi sekatan apabila berdagang dengan negeri lain di dalam Malaysia. Sebagai membalas, Singapura tidak memanjangkan jumlah pinjaman yang dipersetujui untuk pembangunan ekonomi kedua-dua negeri timur Sabah dan Sarawak. Keadaan itu menyebabkan sebarang perbincangan terbantut dan ucapan-ucapan dan penulisan kesat menjadi membesar di kedua-dua belah pihak. Bahkan ada pihak ekstremis dari kalangan UMNO sendiri menyeru agar Lee Kuan Yew ditahan di bawah ISA.

Dikeluarkan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 1965, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, tidak ada pilihan lain untuk mengelakkan pertumpahan darah, daripada menasihatkan Parlimen Malaysia bahawa ia harus mengundi untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia.[3] Walaupun percubaan terakhir oleh pemimpin PAP, termasuk Lee Kuan Yew, untuk mengekalkan Singapura sebagai sebuah negeri dalam kesatuan itu, pada 9 Ogos 1965 Parlimen mengundi 126-0 memihak kepada pengeluaran Singapura, tanpa kehadiran anggota parlimen Singapura.

Pada hari itu, Lee menangis dan mengumumkan bahawa Singapura menjadi sebuah negara berdaulat, dan mengambil peranan sebagai Perdana Menteri negara baru itu. Ucapannya termasuk petikan ini: "Bagi saya ini adalah detik kesedihan kerana sepanjang hayat saya... anda melihat sepanjang hidup dewasa saya... saya telah percayai dengan penggabungan dan perpaduan kedua-dua wilayah ini. melalui geografi, ekonomi, dan hubungan kekeluargaan...."[5]

Di bawah pindaan perlembagaan yang diluluskan pada bulan Disember tahun itu, negeri Singapura dinaikkan tarafnya sebagai sebuah Republik, dengan jawatan Yang di-Pertuan Negara diubah menjadi Presiden, dan Dewan Undangan Negeri menjadi Parlimen. Perubahan ini dibuat retroaktif sehingga tarikh pemisahan Singapura dari Malaysia. Dolar Malaya dan British Borneo kekal sah sehingga pengenalan dolar Singapura pada tahun 1967. Sebelum pemisahan mata wang, terdapat perbincangan tentang matawang bersama antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Singapore - Land area". Index Mundi. Dicapai pada August 27, 2016.
  2. ^ "As Singapore mourns the Queen, there's little discussion about its colonial past". September 16, 2022. Dicapai pada January 1, 2024.
  3. ^ a b "Road to Independence". Headlines, Lifelines, by AsiaOne. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2013.
  4. ^ Barbara Leitch LePoer, penyunting (1989). "Road to Independence". Singapore: A Country Study. Washington, D.C.: Federal Research Division, Library of Congress. ISBN 978-0-16-034264-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2014.
  5. ^ Lee Kuan Yew (9 August 1965). "Transcript of a Press Conference Given by the Prime Minister of Singapore, Mr. Lee Kuan Yew, at Broadcasting House, Singapore, at 1200 Hours on Monday 9th August, 1965" (PDF). Government of Singapore (archived on the National Archives of Singapore website). m/s. 21–22. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 August 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]