Sistem koordinat Cartes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah 1 - Sistem Koordinat Cartesian. Empat titik ditandakan: (2,3) diwarnakan hijau, (-3,1) merah, (-1.5,-2.5) diwarnakan biru dan (0,0), asalan, diwarnakan kuning.
Rajah 2 - Sistem Koordinat Cartesian bulatan dengan berjejari 2 berpusatkan asalan diwarnakan merah. Persamaan bulatan adalah x2 + y2 = 4.

Di dalam matematik,sistem koordinat Cartes ialah satu sistem yang menilai suatu titik secara unik di dalam satu satah menerusi dua nombor, biasanya dikenali sebagai koordinat-x atau absisa dan koordinat-y atau ordinasi suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu. dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada kedua-dua paksi (lihat rajah 1). Sistem koordinat Cartesian juga digunakan dalam ruang (yang mana tiga koordinat digunakan) dan di dalam dimensi yang lebih tinggi.

Dengan menggunakan sistem koordinat Cartes, bentuk-bentuk geometri (sebagai contoh lengkungan) digambarkan oleh persamaan algebra, dinamakan persamaan dipuaskan oleh koordinat-koordinat titik yang terletak di atas bentuk berkenaan.Sebagai contoh, bulatan berjejari 2 mungkin boleh digambarkan oleh persamaan x2 + y2 = 4 (sila lihat rajah 2).