Stade Vélodrome

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stade Vélodrome
Le Vel'
Nama penuhStade Vélodrome
LokasiMarseille, Bouches-du-Rhône, Perancis
Koordinat43°16′11″N 5°23′45″E / 43.26972°N 5.39583°E / 43.26972; 5.39583Koordinat: 43°16′11″N 5°23′45″E / 43.26972°N 5.39583°E / 43.26972; 5.39583
Dibina1937
DibukaJun 1937
Diubahsuai1984, 1998, 2014
PemilikBandaraya Marseille
PengendaliAREMA
PermukaanRumput hibrid AirFibr
ArkitekHenri Ploquin
Kapasiti67,394
Penyewa
Olympique de Marseille (1937–sekarang)
RC Toulon (perlawanan sekali sekala)

Stade Vélodrome (Sebutan bahasa Perancis: [stad velɔdʁɔm]) ialah sebuah stadium pelbagai guna di Marseille, Perancis. Ia adalah stadium tuan rumah Olympique de Marseille sejak ia dibuka pada tahun 1937. Ia merupakan venue Piala Dunia FIFA 1998 dan Piala Dunia Ragbi 2007. Ia sekali sekala menjadi stadium tuan rumah pasukan ragbi, RC Toulon. Ia mempunyai kapasiti 67,344. Stadium ini juga digunakan oleh pasukan ragbi Perancis.

Rekod kehadiran untuk perlawanan kelab sebelum diubahsuai adalah 58,897 (untuk perlawanan separuh akhir Piala UEFA menentang Newcastle United pada tahun 2004). Sejak dibesarkan kepada 67,300, rekod kehadiran di stadium ini adalah 65 148 untuk perlawanan menentang PSG pada April 5, 2015. Stadium ini juga merupakan venue Piala Dunia FIFA 1938. Perlawanan pertama di stadium ini adalah diantara Marseille dan Torino pada tahun 1937.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]