Stadium Hang Tuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Hang Tuah
Nama lamaStadium Kubu
LokasiMelaka
Dibuka1954
PemilikPerbadanan Stadium Melaka
Permukaanrumput
Kapasiti1,000
Penyewa
Melaka United
Frenz United


Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Hang Tuah terletak di Melaka di negeri Melaka, Malaysia.

Stadium Hang Tuah memiliki keupayaan 15,000 penonton dengan 1,000 tempat duduk.[1]


Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang tertua di negeri Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu, ia dibuka secara rasminya pada tahun 1954 oleh The Honourable Mr. G.E.C Wisdom. C.M.G. yang pada waktu itu merupakan Presiden of Commissioner Malacca, President of Municipal Council, dan President Malacca Stadium. Pada waktu itu stadium ini terletak di bawah pengurusan Malacca Stadium Committee. Pada 31 Ogos 2001, nama stadium ini akhirnya ditukar kepada Stadium Hang Tuah. Perasmian itu dibuat oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Dengan keluasan lapan ekar, Stadium Hang Tuah mampu menampung sehingga 15,000 orang dalam satu-satu masa. Stadium Hang Tuah diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga 1 Jun 2005 sebelum diserahkan pada Perbadanan Stadium Melaka.


Kemudahan yang ada di Stadium Hang Tuah tidaklah secanggih stadium yang lain, namun ianya mampu menampung keperluan minimum yang diperlukan untuk acara sukan yang besar. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik persalinan, bilik pengadil, bangku pemain, pentas VIP, surau, bilik rehat VIP, pejabat pengurusan, dan juga tempat meletak kenderaan. Banyak acara besar telah diadakan disini seperti Sukan Malaysia XIII Melaka 2010, Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Perarakan Maulidurrasul peringkat negeri, Pelancaran Putera UMNO Malaysia dan lain-lain.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [ http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml www.worldstadiums.com (Stadium Hang Tuah)]