Stesen LRT Putra Heights

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putra Heights Rapid KL
Pertukaran lintas platform antara Laluan Sri Petaling dan Kelana Jaya
LokasiStesen Pura Heights, Persiaran Putra Indah, 47650 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°59′45″N 101°34′31″E / 2.99583°N 101.57528°E / 2.99583; 101.57528Koordinat: 2°59′45″N 101°34′31″E / 2.99583°N 101.57528°E / 2.99583; 101.57528
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
5 Laluan Kelana Jaya
Platform3:2 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api4 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia
SambunganPengangkutan bas 752, T759, T760, E1
Pembinaan
Jenis struktur4 5 Bertingkat
Templat letak kenderaan452 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP31   KJ37 
Sejarah
Dibuka4 5 30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana JayaStesen terakhir
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri PetalingStesen terakhir
Lokasi
Map

Stesen LRT Putra Heights adalah stesen LRT bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Putra Heights, Selangor, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena pekan berdekatan, pekan Putra Heights. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Sri Petaling dengan Laluan Kelana Jaya. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan LRT, satu lagi adalah stesen Masjid Jamek.

Stesen ini merupakan sebahagian daripada projek Penyambungan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya ke stesen ini daripada Sri Petaling (bagi Laluan Sri Petaling) dan Kelana Jaya (bagi Laluan Kelana Jaya). Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Persiaran Putra Indah dan Persimpangan Putra Permai. Di sebelah timur stesen adalah E6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) manakala di sebelah barat stesen adalah Putra Point Commercial Centre. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh LRT Kampung Kuala Sungai Baru, dan kawasan perumahan seperti Laman Putra, Putra Bahagia dan Putra Avenue.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Landasan tidak digunakan
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Subang Alam)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Puchong Prima)
Landasan tidak digunakan
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling dan dua platform sisi yang tidak digunakan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 452 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 752, T759, T760 dan E1 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malik Ridhwan (27 Jun 2016). "Sambungan jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang mula operasi 30 Jun". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Nov 2018. Dicapai pada 7 Nov 2018.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)