Suhaib Ar-Rumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suhaib Ar-Rumi atau nama beliau ialah Suhaib ibn Sinan. Beliau adalah anak kepada Gabenor wilayah kota Ubullah yang terletak di tebing Sungai Furat yang mana wilayah itu berada di bawah kekuasaan kerajaan Rom Byzantine. Digelar Suhaib Ar-Rumi kerana ciri-ciri fizikalnya seperti dialek pertuturannya, berkulit cerah dan berambut perang yang lebih menyerupai orang Rom.

Berpengetahuan dalam budaya dan tamadun Rom dan Greek.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Sewaktu kecil, keluarganya diserang tentera Rom Byzantine yang datang merompak. Suhaib kemudiannya menjadi hamba selama dua puluh tahun.

Setelah berjaya melarikan diri daripada perhambaan golongan aristokrat Rom, beliau menyertai bangsawan Arab Makkah yang bernama Abdullah ibn Judan dan memulakan perniagaan sehingga Suhaib menjadi orang kaya.

Namun beliau ditipu dan kemudiannya disiksa teruk oleh bangsawan Makkah.

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Suhaib banyak bersedekah terutama dalam bahagian pemakanan. Cekap dan handal dalam memanah. Sewaktu Umar Al-Khattab nazak akibat ditikam Abu Lu'lu'ah, Suhaib dilantik sebagai pengganti khalifah sementara untuk mengawal keadaan rakyat yang gawat akibat peristiwa penikaman Umar.