Sungai Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Damansara
Lokasi
NegaraMalaysia

Sungai Damansara adalah salah satu sungai yang terdapat di Lembah Klang. Hulu bagi Sungai Damansara mengalir dari kawasan Sungai Buloh sehingga ke muara yang bercantum dengan Sungai Klang di Shah Alam. Terdapat juga beberapa anak sungai lain yang bercantum dengan Sungai Damansara yang berakhir di Kuala Lumpur. Nama Damansara menjadi popular melebihi populariti sungai ini kerana banyak tempat dinamakan bersempena dengan nama Sungai Damansara terutamanya kawasan-kawasan yang terletak di hulu sungai. Mukim Damansara di daerah Petaling juga mendapat namanya sempena sungai ini.

Sungai ini pernah menyebabkan banjir kilat yang teruk di TTDI Jaya, Taman Mesra Batu 3, Kampung Kebun Bunga, Kampung Melayu Subang dan Kampung Cempaka pada 26 Februari 2006.

Pada tahun 2007, kerajaan telah melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara membabitkan pembinaan tiga buah Kolam Takungan Banjir berkapasiti 2.6 juta meter padu adalah bertujuan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.