Sungai Hudson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Hudson
Nama asalKa’nón:no, Mahicannittuk
Lokasi
NegaraAmerika Syarikat
Ciri-ciri fizikal
MuaraHulu Teluk New York
Jambatan Gunung Beruang di seberang Sungai Hudson dari Gunung Beruang

Sungai Hudson ialah sungai seluas 507 km yang mengalir dari utara ke selatan terutamanya melalui timur New York di Amerika Syarikat.

Sumber Sungai Hudson ialah Tasik Air Mata Awan di Taman Adirondack pada ketinggian 1317 m.[1] Kawasan rendah Hudson sebenarnya ialah muara pasang surut dengan pengaruhnya yang didapati sejauh Empangan Federal di Troy. Sungai Hudson kadang-kadang dipanggil dalam istalah geologi sebagai sungai yang telah ditenggelamkan. Sungai ini dipanggil Ca-ho-ha-ta-te-a oleh puak Iroquois dan tempat ini dikenali sebagai Muh-he-kun-ne-tuk oleh puak Mohican yang dahulunya mendiami kedua-dua tebing bahagian rendah sungai ini.

Banyak tempat telah dibina di sepanjang Sungai Hudson yang sudah menjadi mercu tanda. Deretan sepanjang 48 km di tebing timur Hudson telah diwartakan sebagai Daerah Bersejarah Sungai Hudson dan Mercu Tanda Bersejerah Negara. Sungai Hudson boleh dilalui dengan kapal wap besar sehingga Troy dan dengan kapal laut ke Pelabuhan Albany. Enapan Sungai Hudson mengandungi banyak jenis bahan pencemaran yang telah berkumpul setelah beberapa dekad akibat pembuangan sisa industri, kilang rawatan sisa dan aliran daripada bandar. Kawasan taman berada di sekeliling Sungai Hudson.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Freeman, W. O. "National Water Quality Assessment Program - The Hudson River Basin". ny.water.usgs.gov/. United States Geological Survey. Retrieved December 30, 2014.