Suniel Shetty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suniel Shetty
Kelahiran
Sunil Shetty[1]

(1961-08-11) 11 Ogos 1961 (umur 62)
PekerjaanPelakon, usahawan, pengacara, penerbit
Tahun aktif1991–kini
PasanganMana Shetty (k. 1991)
Anak-anakAthiya Shetty
Ahan Shetty

Suniel Shetty (lahir 11 Ogos 1961) ialah seorang pelakon, penerbit dan usahawan India yang kebanyakannya aktif dalam filem-filem Bollywood sementara juga bekerja di industri filem Tamil, Malayalam, Kannada dan Marathi. Dalam kerjayanya selama lebih daripada 25 tahun, beliau telah berlakon dalam lebih daripada 110 filem. Karya-karya utamanya ialah filem aksi dan komedi. Beliau dianggap pahlawan aksi terbaik India selain Akshay Kumar. Cara beliau berlakon telah memberi inspirasi kepada pelakon di seluruh India sama ada dalam bahasa Hindi, Tamil, Telugu atau industri filem bahasa lain. Filem Kannada pertamanya Pailwaan, yang dibintangi Sudeep dikeluarkan pada 2019.[2] Beliau telah menerima Anugerah Filmfare daripada lima pencalonan. Beliau ialah pemilik rumah produksi Popcorn Entertainment Private Limited. Beliau telah menerbitkan beberapa filem termasuk Khel - No Ordinary Game, Rakht dan Bhagam Bhag, di bawah panji-panji Popcorn Motion Pictures.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sunil Shetty's father Virappa Shetty passes away". The Times of India. Bennett, Coleman & Co. Ltd. Dicapai pada 1 March 2017.
  2. ^ Shinde, Prajwal (8 March 2019). "Suniel Shetty Debut Kannada Movie with Sudeep". Bangalore Mirror. Dicapai pada 4 June 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]