Tanan kasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanan kasar diketahui dengan menghitung isipadu kapal (dari lunas ke serombong, sehingga ke luar kulit badan kapal) , menggunakan satu formula matematik.

Tanan kasar (bahasa Inggeris: gross tonnage: singkatan GT) ialah satu indeks tanpa unit berkaitan dengan isipadu keseluruhan dalaman kapal. Tanan kasar berbeza dengan tanan berdaftar kasar.[1] Kedua-duanya tidak digunakan untuk menghitung jumlah sesaran kapal (berat) dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti berat mati, tanan bersih atau sesaran.

Tanan kasar dan tanan bersih, ditentukan oleh Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969 (The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969), yang digunakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa pada tahun 1969, dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 18 Julai, 1982. Kedua-dua kiraan ini menggantikan tanan berdaftar kasar (GRT) dan tanan berdaftar bersih (NRT). Tanan kasar dikira berdasarkan "isipadu teracu semua ruang tertutup kapal" dan digunakan untuk menentukan perkara seperti peraturan keanggotaan, peraturan keselamatan, yuran pendaftaran dan caj pelabuhan, sementara Tanan Berdaftar Kasar yang lama, digunakan untuk menghitung isipadu beberapa ruang tertutup sahaja.

Pengiraan[sunting | sunting sumber]

Pengiraan tanan kasar dijelaskan dalam Peraturan 3 Annex 1 Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969. Ia berdasarkan dua pemboleh ubah:

  • V, jumlah isipadu kapal dalam meter padu (m³), dan
  • K, pendarab berdasarkan isipadu kapal.

Nilai pendarab K berubah mengikut jumlah isipadu kapal (dalam meter padu) dan digunakan sebagai satu faktor pengurangan dalam menentukan nilai tanan kasar - yang tidak mempunyai unit seperti meter padu atau tan.

Untuk kapal kecil, K adalah lebih kecil, dan untuk kapal besar, K adalah lebih besar. Nilai K berada dalam julat antara 0.22 hingga 0.32 dan dikira dengan satu rumus yang menggunakan logaritma biasa (logaritma berasaskan 10):

Apabila V dan K diketahui, Tanan kasar dihitung menggunakan rumus, dimana GT adalah fungsi kepada V:

Sebagai contoh, tanan kasar untuk sebuah kapal dengan jumlah isipadu 10,000 m³ :

Jumlah tanan kasar:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tanan berdaftar kasar(GRT) ialah satu unit isipadu yang dinyatakan dalam 100 kaki padu (sekitar 2.83 m³).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969". 1969-06-23. Dicapai pada 2008-03-23. Cite has empty unknown parameters: |accessdaymonth=, |month=, |accessyear=, |accessmonthday=, dan |coauthors= (bantuan)
  • International Maritime Organization (2002). "International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969". International Maritime Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-16. Dicapai pada 2008-03-23. Cite has empty unknown parameters: |accessdaymonth=, |month=, |accessyear=, |accessmonthday=, dan |coauthors= (bantuan)
  • Hayler, William B. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Press. ISBN 0-87033-549-9..
  • Turpin, Edward A. (1980). Merchant Marine Officers' Handbook (ed. 4th). Centreville, MD: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87038-056-X Check |isbn= value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, dan |origdate= (bantuan)