Tangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tangan
Rajah tangan kanan manusia
Butiran
UratRangkaian vena dorsal tangan
SarafSaraf ulnar, saraf median, saraf radius
Pengenalpastian
nama bahasa Latinmanus
MeSHD006225
TAA01.1.00.025
FMAFMA:9712
Terminologi anatomi

Tangan ialah bahagian badan pada hujung lengan manusia dan haiwan primat. Tangan merupakan organ utama yang digunakan untuk memanipulasi persekitaran. Kebanyakan manusia mempunyai dua belah tangan, biasanya dengan empat jari dan satu ibu jari. Bahagian dalam tangan dikenali sebagai telapak tangan. Apabila semua jari digenggam erat, tangan membentuk penumbuk. Sambungan antara jari dipanggil sendi.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bahagian-bahagian utama tangan termasuklah:

  • Tapak tangan (palmar atau volar)
  • Bahagian belakang tangan (dorsal)

Bagi bahagian kiri dan kanan tangan pula, dua bahagian pula digunakan, bahagian ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu dipanggil sebagai bahagian radial, yakni bahagian tulang radius di lengan, manakala selebihnya pula dipanggil sebagai bahagian ulnar, yakni bahagian tulang ulna.

Jari tangan[sunting | sunting sumber]

Secara normal, sebuah tangan manusia memiliki lima jari, iaitu ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng. Suatu organisma boleh memiliki lebih banyak (polidaktili) atau lebih sedikit (oligodaktili) jari daripada jumlah normal.

Tulang[sunting | sunting sumber]

Rangka tangan manusia memiliki 27 tulang setiap satu.[1] Di bahagian bawah ialah lapan tulang pendek iaitu tulang karpal yang disusun dalam dua barisan, yakni (dari ibu jari):

  • Proksimal: skafoid, lunat, trikuetral dan pisiform;
  • Distal: trapezium, trapezoid, kapitat dan hamat.

Di atas tulang-tulang karpal ialah lima tulang metakarpal di tapak tangan. Setiap tulang tersebut bersambung dengan sebaris tulang falanks bagi setiap jari yang disambungkan dengan sendi metakarpofalanks, yakni buku jari. Empat jari memiliki tiga falanks bagi setiap satu (proksimal, tengah dan distal) manakala ibu jari hanya memiliki dua falanks, proksimal dan distal.[2]

Saraf[sunting | sunting sumber]

Kawasan rangkuman saraf di bahagian lengan dan tangan.

Terdapat tiga jenis saraf utama di tangan, iaitu saraf ulnar, median dan radius.

Jenis-jenis saraf utama dan kawasan rangkuman saraf dalam tangan
Jenis saraf Kawasan tangan
Median
  • Sebahagian ibu jari dan jari manis di bahagian palmar serta bahagian di bawahnya.
  • Kawasan jari telunjuk dan jari hantu palmar serta bahagian bawahnya.
  • Bahagian falanks distal ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan sebahagian jari manis dorsal.
  • Kawasan tapak tangan palmar di bawah ibu jari, jari manis, jari hantu dan sebahagian jari manis.
Ulnar
  • Sebahagian jari manis dan jari kelengkeng palmar dan dorsal.
  • Bahagian tapak tangan palmar dan dorsal di bawah sebahagian jari manis dan anak jari.
Radius
  • Sebahagian ibu jari dan jari manis di bahagian palmar dan bahagian bawahnya.
  • Kawasan jari telunjuk dan jari hantu dorsal.
  • Kawasan tapak tangan dorsal di bawah jari manis, jari telunjuk, jari hantu dan sebahagian jari manis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tubiana, Thomine & Mackin 1998, halaman 4
  2. ^ [Saladin, Kenneth S. Anatomy & Physiology: The Unity of Form and Function. New York, NY: McGraw-Hill, 2007. Print.]