Thomas Becket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thomas Becket
Lahir21 Disember c. 1119
Cheapside, London, Kerajaan England
Meninggal29 Disember 1170 (berumur 50 atau 51)
Katedral Canterbury, Kent, Kerajaan England
Dibeatifikasikan21 Februari 1173 oleh Paus Alexander III
Dikanunkan21 Februari 1173, Gereja St Peter di Segni oleh Paus Alexander III
Hari perayaan29 Disember
AtributPedang, martir, jubah episcopal
NaunganExeter College; Portsmouth; Arbroath Abbey; agamawan sekular; Bandar raya London

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Thomas Becket (juga dikenali sebagai Santo Thomas dari Canterbury, Thomas dari London, dan kemudian sebagai Thomas à Becket;[1] c. 1118 (atau 1120[2]) – 29 Disember 1170) ialah seorang Ketua Biskop Canterbury dari tahun 1162 M sehingga pembunuhannya dalam tahun 1170. Beliau amat dihormati sebagai seprang santo dan martir oleh kedua-dua Gereja Roman Katolik dan Golongan Anglican. Beliau bertelagah dengan Raja Henry II dari England tentang hak dan keistimewaan Gereja dan dibunuh oleh para pengikut Henry di dalam Katedral Canterbury. Tidak lama selepas kematiannya, beliau dikanonkan sebagai santo oleh Paus Alexander III.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Sumber utama untuk maklumat kehidupan Becket adalah beberapa biografi yang ditulis oleh sezamannya. Beberapa dokumen ini adalah dari penulis yang tidak diketahui, walaupun historiografi tradisional telah memberi mereka nama. Antara penulis biografi terkenal ialah John dari Salisbury, Edward Grim, Benedict dari Peterborough, William dari Canterbury, William Fitzstephen, Guernes dari Pont-Sainte-Maxence, Robert dari Cricklade, Alan dari Tewkesbury, Benet dari St Albans, dan Herbert dari Bosham. Biografi lain yang tidak dikenali, umumnya diberikan nama samaran seperti Anonymous I, Anonymous II (atau Anonymous dari Lambeth), dan Anonymous III (atau Anonymous dari Lansdowne). Selain daripada catatan-catatan ini, terdapat juga dua akaun lain yang mungkin kontemporari yang muncul dalam Quadrilogus II dan Thómas saga erkibyskups. Selain biografi ini, terdapat juga sebutan mengenai peristiwa kehidupan Becket dalam pencatatan masa itu. Ini termasuk karya Robert dari Torigni, Roger dari Howden dengan Gesta Regis Henrici Secundi dan Chronica, karya Ralph Diceto, Historia Rerum oleh William dari Newburgh, dan karya Gervase dari Canterbury.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barlow Thomas Becket pp. 11–12
  2. ^ Butler and Walsh Butler's Lives of the Saints p. 430

Pautan luar[sunting | sunting sumber]