Tindakan afirmatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tindakan afirmatif membincangkan dasar-dasar yang ditujukan kepada kumpulan atau golongan yang bukan dominan dalam sosio-ekonomi (lazimnya lelaki dan perempuan daripada semua kaum minoriti) dengan hasrat mempertingkatkan pencapaian dalam pendidikan mahupun pekerjaan. Pengenalan tindakan ini didorong oleh hasrat menyelaraskan ketidakseimbangan sebenar ataupun tanggapan yang berlaku pada masa lepas atau kini yang dianggap tidak adil. Dasar ini turut menggalakkan institusi awam seperti universiti, hospital dan polis menjadi lebih seimbang yang mencerminkan pecahan penduduk.[1]

Dasar ini dikendalikan pada kebiasaannya melalui rancangan pengambilan khas yang ditujukan kepada kumpulan sasar seperti golongan mundur. Dalam sesetengan keadaan, tindakan ini merangkumi pemberian layanan utama kepada golongan ini.[2] Pembangkang tindakan sebegini berhujah bahawa amalan ini berdasarkan fahaman kolektif dan berbentuk diskriminasi kerana menyebabkan pemohon-pemohon yang berkelayakan ditolak kemasukan mereka ke dalam pengajian tinggi atau pekerjaan atas alasan mereka tergolong di dalam kumpulan tertentu (selalunya kumpulan dominan, lazimnya kaum majoriti dan lelaki, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun keperluan kewangan).[3] Mereka juga berhujah bahawa layanan istimewa haruslah berdasarkan kedudukan sosio-ekonomi semasa dan bukanlah keturunan. Sesetengah pembangkangnya menganggap tindakan ini hanya menurunkan nilai kejayaan seseorang yang dipilih berdasarkan kaum atau golongan dan bukannya berdasarkan kelayakan.[4]

Di Eropah, amalan dan dasar sebegini dikenali sebagai diskriminasi positif.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sher, George (1983). Tom Regan (stg.) Just Business: New Introductory Essays In Business Ethics (dalam bahasa Inggeris), Philadelphia, AS: Temple University Press.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sally C. Selden. A Solution in Search of a Problem? Discrimination, Affirmative Action, and the New Public Service. Public Administration Review (dalam bahasa Inggeris). Ulasan oleh J. Edward Kellough. Dicapai pada 2008-08-30. Unknown parameter |origmonth= ignored (bantuan)
  2. ^ "Hopwood lwn. Texas" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United States Court of Appeals for the 5th Circuit. Dicapai pada 2008-08-30. Unknown parameter |origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
  3. ^ "The Allan Bakke Case" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2008-08-30.
  4. ^ Sher, ms. 40.